Latest News

Monday 4 January 2016

JELAS KETARA Dakyah Musuh-Musuh Umno!!!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jadi pelacur pula ini... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DAKWAAN yang melibatkan nama-nama pemimpin puteri UMNO, semuanya menyangkal dan membuat kenyataan bahawa mereka tidak pernah membuat kenyataan  seperti mana yang diviralkan oleh sebuah blog suarakamibaru.blogspot.com yang diwujudkan bagi pemanfaatan persengketaan dalam Umno antara Presiden dan  mantan Presiden Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Blog itu dipercayai digerakkan oleh 'red bean army DAP' yang bertindak seolah-olah penyokong Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dakwaan yang diwujudkan red bean army pada satu PRK Bagan Pinang, Negeri Sembilan kerana berlakunya perkahwinan antara calon Bn pada masa itu dengan salah seorang mantan pemimpin puteri Umno. Pada PRK itu, pihak pembangkang selain mereka yang berpura-pura menjadi penyokong Umno mengisukan bahawa ada sebahagian pemimpin puteri yang kononnya menjual badan kepada pemimpin Umno yang ada kedudukan untuk menang  sesuatu jawatan atau mendapat habuan projek.

Kini, isu lapuk itu diremejakan semula dan diviralkan melalui laman sosial. Cara penulisan blog itu, seolah-olah mantan-mantan pemimpin puteri membuat kenyataan  pernah berlaku bahawa ada pemimpin Umno yang berkedudukan tinggi telah mengambil peluang kepada anak-anak remaja untuk melempiaskan hawa nafsunya. Penulis blog itu cukup cermat menulis kata-katanya seolah-olah memang wujud dakwaan tersebut!

Tujuan penulis blog itu agar supaya ibu bapa yang mempunyai anak remaja melarang anak-anak mereka menyertai kumpulan Puteri Umno itu kerana pergerakan itu sebenarnya menjadi penghalang kepada pihak pembangkang memanipulasikan golongan muda. Malah, mereka kehilangan peluang mendapat sokongan daripada undi di kalangan generasi muda khususnya pemudi Melayu/Bumiputera.

Pembangkang melihat bahawa pergerakan Puteri Umno sangat ampuh dalam menggamit sokongan anak muda kepada Umno/Bn dan itu tidak dapat disangkal lagi melalui Pilihan Raya Umum 12 dan 13 malah juga melalui beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK).

Kekuatan dan kesanggupan jajaran kepimpinan puteri serta ahli-ahlinya telah menyumbang besar kepada sokongan anak-anak muda kepada Umno dan Bn amnya. Sebagai bukti, jika dahulu institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mahupun Universiti Putra Malaysia (UPM) dikuasai oleh pelajar-pelajar pro pembangkang. Kini, IPTA itu telah menjadi pro kerajaan dan perubahan ini sedikit sebanyak adalah pengaruh daripada pergerakan puteri Umno. Hal ini kerana kebanyakan mahasiswa itu sebelum memasuki institusi tersebut, mereka telah menjadi ahli rasmi pergerakan Puteri Umno.

Melihat kepada kejayaan pergerakan puteri menggamit sokongan muda-mudi untuk menyokong Bn, maka tidak syak lagi pembangkang perlu mencipta imej buruk terhadap pergerakan itu dengan menabur fitnah seolah-olah mereka yang menyertai pergerakan itu langsung tidak beriman dan tiada pegangan agama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook