Latest News

Thursday 14 January 2016

JIKA TIADA FAKTA MAKA MENIPULAH NAMANYA...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Undi lagi kamu bn-umno supaya senang kamu kami buduh-buduh... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

TERNAMPAK sangat page itu seperti "hidup segan mati tak mahu". Bayangkan harga minyak petrol dan diesel juga hendak menipu sedangkan semua pengguna kenderaan telah dimaklumkan bahawa perubahan harga berlaku pada 1 hari bulan setiap bulan. Lagipun, bagi harga januari 2016, harga minyak turun 10 sen berbanding Disember 2015 bagi RON 95 dan demikian juga bagi RON 97 dan minyak diesel.
 
Harga minyak dalam negara khususnya bagi RON 97 telah diapungkan. Ini bermakna ianya mengikuti harga pasaran dunia. Manakala RON 95 masih diberikan sedikit subsidi daripada kerajaan begitu juga dengan minyak diesel.

Bayangkan bagaimana page tersebut menipu terhadap harga minyak sedangkan harga seperti itu tidak pernah wujud di pam-pam minyak. Ada kemungkinan juga pemilik page itu menyeludup minyak dan menjualnya ke negara jiran dengan harga yang  sedemikian. Dengan sebab itu, harga demikian masih lagi rendah berbanding harga minyak di negara-negara tersebut kecuali negara Brunei.

Rupa-rupanya admin page tersebut benar-benar suka menipu sehingga pengikutnya mengancam agar akan 'unfriend' dan 'unlike' page itu kerana suka mengupload cerita-cerita yang palsu.

Harga minyak sangat bergantung kepada harga pasaran dunia. Jika dahulu negara-negara seperti Brunei dan Arab Saudi menjual minyak pada pengguna di negara masing-masing pada harga yang sangat rendah. Kini, akibat menjunamnya harga minyak di pasaran global, negara-negara itu mengambil langkah menaikkan harga minyak. Sebaliknya, Malaysia pula menurunkan harga minyak. Tindakan negara menurunkan harga minyak disesuaikan dengan harga pasaran dunia. Ini bererti kerajaan langsung tidak mencari untung terhadap minyak yang diimport. Sebaliknya, harga import tetap dijual dengan harga sedemikian malah untuk RON 95 kerajaan masih dapat memberikan subsidi. 

Apakah tindakan kerajaan memberi subsidi merupakan kerajaan yang zalim? Bagi rakyat majoriti, ianya tidak kecuali bagi pemilik page itu kerana mendakwa sedemikian dan sanggup menipu pengguna atau pembaca media sosial.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook