Latest News

Friday 15 January 2016

Kakitangan Kerajaan Banyak Ponteng Di Kota Belud

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kawasan si rahman dahlan dan salleh keruak bah ni.... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(ii) Kakitangan kerajaan banyak ponteng di Kota Belud... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iii) Adehh..penuh ''ular sawa''... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iv) Wahai YB Menteri Negeri Tempasuk... Oleh FB Millin Biok Jr (screenshot)

LAPORAN yang mengatakan bahawa ramai kakitangan kerajaan di Kota Belud suka ponteng kerja sebenarnya dilaporkan pada tahun 2014 oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT) berasaskan satu dakwaan daripada seorang penyokong pembangkang di daerah itu. Selepas laporan itu dibuat, bukan sahaja para kakitangan terpinga-pinga malah termasuk pegawai daerah menyiasat mencari tahu siapakah kakitangan yang dimaksudkan yang suka ponteng. Mungkin Doris terlupa bahawa sejak tahun 1981, semua pejabat kerajaan dibekalkan atau mengguna pakai perakam masa/waktu (punch card) bagi setiap kakitangan.  Selepas laporan portal pembangkang itu dikeluarkan, siasatan telah dilakukan bagi mengetahui siapakah kakitangan yang dimaksudkan. Namun, apabila melihat “punch card” tiada kebenaran berkenaan laporan tersebut. Apa yang telah didapati adalah mereka yang tidak datang atau hadir ke pejabat sama ada sedang bercuti atau mempunyai tugas rasmi di luar kawasan.

Portal berita pro pembangkang memang suka mensensasikan sesuatu laporan tanpa usul periksa kebenaran atau kesahiannya terlebih dahulu. Apatah lagi jika sesuatu isu berpunca daripada individu penyokong pembangkang.

Bagi portal berita pro pembangkang, setiap isu disensasikan terlebih dahulu tanpa mengira apa berita atau cerita itu palsu atau tidak.

Bagi penyokong pembangkang pula apabila membaca laporan seperti itu, mereka sungguh riang dan menokok tambah cerita untuk menggambarkan bahawa cerita/laporan itu seolah-olah betul dan mereka seolah-olah telah menyiasat dan mengesahkan bahawa laporan itu betul. Tujuan kepada semua tindakan ini adalah untuk menggambarkan bahawa benar semua kakitangan di Kota Belud suka ponteng atau hanya makan gaji buta.

Bagi laporan bahawa kakitangan kerajaan daerah Kota Belud suka ponteng kerja sebenarnya bertujuan memberi imej buruk kepada daerah itu serta jabatan-jabatan kerajaan yang beroperasi di Kota Belud khususnya pentadbiran daerah yang diketuai oleh pegawai daerah. Maka, Salleh dan Rahman juga turut mendapat nama!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook