Latest News

Wednesday 20 January 2016

Kali Ini Jones Menjadi Penyampai Khidmat Masyarakat Pula!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KENINGAU... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Pembangunan yang dinamakan setimpal dengan Projek Malaysia... Oleh FB Page The Future Of Sabah And Sarawak /The Federation Of Malaysia(screenshot)

PERTAMA kalinya Doris Jones bertindak sebagai penyampai khidmat masyarakat apabila berkongsi maklumat berkaitan gangguan bekalan air kerana paip pecah akibat kerja-kerja kontraktor Majlis Daerah Keningau.

Adalah lumrah di mana-mana apabila berlaku paip pecah, maka bekalan air akan terganggu kerana penutupan air di pusat bekalan perlu dilakukan segera.

Di pedalaman bagi perkhidmatan kepada masyarakat melalui atas talian telah diwujudkan oleh Pusat Maklumat Rakyat, Portal 1Klik (Keningau) oleh masyarakat setempat bagi kawasan itu semata-mata untuk memberikan maklumat kepada para peduduk berkaitan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian. Pusat Perkhidmatan kepada masyarakat melalui talian ini, sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja kerana ianya pantas dan efisien untuk disebarkan.

Pusat khidmat masyarakat di atas talian ini sangat perlu di era digital ini kerana ianya banyak membantu masyarakat. Lagipun, sangat cepat dan menyeluruh dibekalkan maklumat yang sama kepada rakyat atau masyarakat di Keningau pada masa yang telah ditetapkan.

Berkaitan dengan pembaikan paip yang pecah itu, biasanya akan mengambil masa di antara 1 hingga 2 jam. Semasa tulisan ini disiarkan, paip yang pecah itu telahpun dibaiki dan bekalan air di kawasan yang terlibat telah kembali seperti biasa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook