Latest News

Wednesday 13 January 2016

KDMR Populasi: BUKAN PATI Tetapi Rakyat Asing!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KDM Population... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) Maka dengan itu, dapat tahu siapa pengundi BN/UMNO yang ramai... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

BANCIAN penduduk tahun 2010 memang didapati berasaskan sub-etnik sama ada Bajau mahupun kelompok KDMR sebagai contoh yang mempunyai jumlah masing-masing sub-etnik itu adalah lebih sedikit berbanding rakyat asing yang terdapat di Sabah dalam laporan bancian penduduk tersebut.

Daripada jumlah rakyat asing yang terdapat di Sabah semasa bancian itu, terdapat juga rakyat asing tanpa dokumen atau rakyat asing yang masuk secara haram. Namun, jumlahnya tidak diketahui dengan pasti kerana bancian penduduk itu hanya menghitung penduduk sewaktu bancian dijalankan.


Berdasarkan statistik pada tahun 2014 sehingga kini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), seramai 24,000 orang daripada 124,000 penduduk di Sabah ini merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI). Manakala lebih daripada 7,000 orang masih berada dalam tahanan sementara. Hal ini kerana pihak berkuasa mempunyai kesukaran untuk menentukan status kewarganegaraan mereka. Oleh itu, data yang menunjukkan bahawa PATI di sabah adalah melebihi 800,000 orang seperti digempar-gempurkan oleh Tulun Sabah adalah tidak benar dan tidak ada sebarang data atau rekod sahih yang boleh menyokong kepada dakwaan tersebut.

Seperti mana yang kita ketahui, pihak berkuasa telah berhempas-pulas untuk memburu dan menangkap PATI yang terdapat di seluruh pelusuk negeri ini kerana tanggungjawab tersebut bukan suatu perkara yang mudah unutk dilaksanakan dalam tempoh jangka yang singkat. Hal ini kerana pihak bertanggungjawab perlu memeriksa setiap penduduk di negeri ini untuk memastikan status kewarganegaraan mereka.

Tanpa kita sedari, terdapat banyak perkara yang kadangkala yang menghalang atau menganggu usaha kerajaan untuk mencari, memburu dan mengusir PATI keluar dari negeri ini. Di antaranya ialah terdapat rakyat Sabah sendiri dan syarikat-syarikat swasta yang sanggup 'menggajikan' tenaga buruh warga asing semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan perniagaan mereka di mana golongan tersebut mudah untuk diperas ugut dan bayaran gaji yang minimum.

Perkara yang menyedihkan apabila terdapat golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab seperti Tulun Sabah yang menyatakan bahawa bilangan PATI di Sabah ini sangat tinggi. Golongan "keyboard warrior" seperti mereka hanya berani di dunia siber tetapi hakikatnya mereka adalah golongan pengecut pada realitinya. Bukan itu sahaja, mereka juga merupakan golongan yang tidak pernah menghulurkan tangan untuk membantu kerajaan mengatasi masalah PATI ini.

Kita sebagai rakyat di negeri ini perlu memberi kerjasama dan tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menangani isu PATI ini. Hal ini kerana negeri Sabah mempunyai keluasan yang sangat besar dan ia menyukarkan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu PATI ini dalam masa yang terdekat jika kerjasama tidak diberikan. Selain itu, seramai 24,000 warga asing telah ditangkap dan dihantar kembali ke negara asal mereka. Oleh itu, segala tomahan dan dakwaan yang dilemparkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab itu adalah tidak benar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook