Latest News

Tuesday 19 January 2016

Kenyataan Palsu: Tiada Dokumen Dalam Arkib Yang Mengandungi Catatan Sedemikian

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) AMARAN BRITISH KEPADA SABAHSARAWAK SEBELUM PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

TULUN Sabah berpendapat bahawa hanya dia sahaja yang pandai membaca sehingga membuat kenyataan palsu dengan mengatas nama Pengerusi Suruhanjaya Cobbold, Lord Cobbold.

Suruhanjaya Cobbold adalah satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengetahui apakah aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak berkaitan dengan cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. Melalui Suruhanjaya itulah diketahui bahawa dua (2) negeri di Borneo itu menyambut baik cadangan penubuhan negara baru.

Apabila suruhanjaya itu mendapati bahawa rakyat Sabah dan Sarawak mahu menyertai penubuhan negara baru, maka penjajah membuat keputusan untuk memberikan Internal Self-Government kepada Sabah dan Sarawak pada 31 Ogos 1963 dan 22 Julai 1963.

Pemberian Internal Self-Government adalah bertujuan agar dua negeri itu diktiraf sebagai “negara” kerana istilah Persekutuan adalah gabungan antara negara-negara. 

Melalui pembentukan negara baru, syarat-syarat yang dikemukakan oleh penduduk Sabah dan Sarawak 'diakomodasikan' dalam perlembagaan. Antaranya kuasa berkaitan tanah, imigresen, pungutan cukai dan hasil mahsul. Ini kerana syarat-syarat itu terus dipatuhi dan hingga kini Sabah dan Sarawak boleh melarang sesiapa sahaja memasuki dua negeri itu termasuk penduduk Semenanjung walaupun ianya merupakan satu negara.

Tulun Sabah fahamkah apa erti sebenarnya dijajah? Jika sesebuah negara atau negeri dijajah, semua pentadbiran negara dan negeri dikawal oleh penjajah. Pernahkah berlaku di Sabah dan Sarawak sedangkan sejak merdeka lagi Ketua Menteri dan TYT merupakan rakyat dua negeri itu?  Jikalau dijajah, bagaimanakah Sabah dan Sarawak boleh melarang rakyat Semenanjung masuk ke dua negeri itu?

Tulun Sabah merupakan penggiat laman sosial yang menabur fitnah bohong dan palsu. Diharapkan suatu masa nanti, admin page tersebut dipertanggungjawabkan kepada tindakan-tindakannya itu apabila pihak berkuasa dapat mengesan serta menangkapnya kelak. 

Ingatlah bahawa seekor pelanduk akan alpa pada jeratnya tetapi Tulun Sabah pula tidak sebaliknya!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook