Latest News

Monday 4 January 2016

Laporan Surat Khabar Yang Berat Sebelah!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mari kita semua mulakan tahun ini, 2016 ... Oleh FB Sabah Sarawak Keluar Malaysia - SSKM (screenshot)

LAPORAN surat khabar yang tidak memeriksa sesuatu kebenaran memang menjadi trend pda masa kini. Tujuan laporan berita yang mempunyai trend propaganda merupakan pilihan mereka yang semata-mata untuk melariskan syarikat akhbar mereka. Surat khabar masa kini sudah melupakan tanggungjawab mereka tentang berita kebenaran dan mereka juga bersekongkol untuk menafikan pembaca atau rakyat tentang sesuatu kebenaran.

Sebagai contoh pada laporan surat khabar tersebut berhubung dengan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (MKN 2015) yang telah diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara Malaysia kononnya jawatankuasanya tidak disertai wakil daripada Sabah dan Sarawak.

Editor surat khabar itu langsung telah gagal bagi merujuk kepada fakta bahawa sejak pembentukan Malaysia, Ketua Menteri Sabah dan Sarawak merupakan Pengerusi Keselamatan Negeri masing-masing dan mereka juga merupakan Ahli Majlis Keselamatan Negara. Demikian juga melalui MKN 2015, ketua menteri bagi kedua-dua negeri itu secara automatiknya merupakan ahli jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Cuba lihat bagaimana akhbar tempatan tersebut membuat provokasi dengan menghubungkan MKN 2015 dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pula. Sedangkan MKN2015 itu sendiri, memelihara MA63 kerana sejak akhir-akhir ini wujud gerakan pemisah yang digerakkan oleh agen-agen penjajah seperti Doris Jones melalui SSKM.

Melihat cara surat khabar itu menulis laporannya memang terlihat berat sebelah! Malah, kandungannya juga mempunyai kecenderungan untuk mengundang kecelaruan dan perasaan negatif terhadap MKN 2015.  Laporan surat khabar itu secara tidak langsung bersetuju dengan gerakan pemisah kerana melalui cara laporannya sangat mengundang kebencian kepada pemimpin negara.

Terlihat sangat laporan itu diguna pakai oleh penyokong SSKM! Seakan-akan tulisan itu umpama "orang mengantuk disorongkan bantal".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook