Latest News

Tuesday 19 January 2016

MAKSUD SALLEH: Umno Tidak Membuka Diri Kepada Kaum Cina & India

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Buduh juga ini pemimpin bn-umno dari Kota Belud ni... Oleh FB Page Remove Musa Remove  Umno Sabah (screenshot)
(ii) Salleh sendiri dari suku kaum apa ya... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

BAGI tujuan politik agar semua kaum besar boleh bekerjasama dalam ikatan besar tanpa mengetepikan bangsa yang menyokong maka ditubuhkan parti Perikatan pada tahun 1952. Perikatan itu adalah di antara MCA (parti Cina), MIC (parti India) dan UMNO (parti Melayu). Benar juga kerana ikatan melalui Perikatan, maka pada pilihan raya dijalankan pada tahun itu, parti Perikatan hampir menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan.

Sebelum Perikatan ditubuhkan, ada cadangan daripada Presiden pertama UMNO, Dato' Onn Jaafar agar UMNO membuka diri kepada semua kaum terbesar. Namun, cadangan itu bukan sahaja ditolak oleh UMNO tetapi juga oleh MCA dan MIC. 

Parti Perikatan diubah kepada Barisan Nasional selepas Persekutuan Malaysia 'bagi mengakomodasi' parti-parti daripada Sabah dan Sarawak. Barisan Nasional pada asasnya menjadi gabungan antara berbagai etnik berasaskan parti masing-masing.

Provokasi Lim Kit Siang agar UMNO membuka diri kepada suku bangsa lain khususnya yang bukan bumiputera seperti mana cadangan Presiden pertama UMNO itu sebenarnya satu cadangan untuk memecah-belahkan ikatan antara berbagai parti yang bergabung dalam BN. Sebabnya, dalam BN semua suku kaum bangsa baik bumiputera dan bukan, masing-masing diwakili oleh parti yang berasaskan suku kaum bangsa masing-masing. Sebenarnya, DAP mahu mencontohi ikatan dalam BN dengan mewar-warkan bahawa penubuhan parti itu memang dari berbilang kaum. Namun, apa yang cuba disembunyikan oleh Lim Kit Siang walaupun perlembagaan parti itu berasaskan parti berbilang kaum namun sejak penubuhannya majoriti pemimpinnya dan penyokongnya adalah kaum Cina.

Tindakan DAP ini sebenarnya mahu mencontohi Parti Bersatu Sabah (PBS) di mana PBS juga merupakan parti berbilang kaum. Namun demikian, PBS masih dianggap sebagai parti yang mewakili KDMR walaupun parti itu melalui kepimpinannya dengan jelas ada 3 Timbalan Presiden iaitu KDMR, Bumiputera Islam dan Cina.

Lim Kit Siang sebenarnya memberi komen kepada kenyataan Datuk Seri Salleh Said Keruak melalui blog Menteri Komunikasi dan Multimedia itu bahawa tindakan DAP mencalonkan calon Melayu tidak akan melepaskan parti itu sebagai parti Cina. Hal ini kerana sesebuah parti dinilai dari segi majoriti yang menyokongnnya. Pemimpin DAP dan penyokongnya hampir 98 peratus adalah kaum Cina.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook