Latest News

Wednesday 13 January 2016

MALAYSIA BUKAN KOMUNIS: KOMUNIS Sahaja Yang Boleh Memaksa Pemaju Perumahan!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SIAT ISI RAKYAT SAMPAI KE TULANG... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

MEMANG di negara ini, tiada akta yang boleh memaksa pemaju perumahan untuk membina rumah berasaskan kemampuan hak milik sama ada  projek yang berbentuk rumah murah, rumah mampu milik dan rumah yang ditentukan oleh pemaju berasaskan target pemasaran mereka.

Sehubungan dengan itu, Akta Pemajuan Perumahan hanya menyatakan bahawa 30 peratus daripada setiap pembinaan perumahan oleh pemaju adalah diperuntukkan untuk bumiputera.

Lazimnya, pemaju perumahan membina projek perumahan di atas tanah milik mereka. Oleh sebab itu, kuasa untuk kerajaan campur tangan adalah sangat terhad. Kuasa kerajaan melalui kerajaan tempatan terhad kepada pemberian kelulusan berkaitan projek itu dan membuat pemantauan sama ada projek itu memenuhi perancangan bandar bagi sesebuah majlis kerajaan tempatan.

Oleh kerana kuasa kerajaan yang terhad dalam menentukan harga rumah, kerajaan telah membina rumah yang berbentuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan
Kediaman Mampu Milik 1Malaysia.

Sultan Perak telah menegur sesetengah pemaju perumahan semasa merasmikan daerah baru di Perak di mana baginda tidak berpuas hati dengan segelintir pemaju yang cenderung mementingkan keuntungan semata-mata. Sebenarnya, teguran tersebut adalah benar dan perlu diambil kira oleh pihak pemaju jika mereka merasakan bahawa mereka adalah rakyat yang prihatin. Jika mereka merasakan itu bukan tanggungjawab mereka untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan, maka akan berlakulah bahawa rakyat negara ini hanya berpijak pada bumi milik orang lain.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan, Dato' Abdul Rahman Dahlan berkata bahawa hanya kerajaan komunis sahaja yang boleh melakukan paksaan kepada pemaju perumahan agar membina rumah sesuai dengan harga yang ditentukan. Walaupun kenyataan yang diberikan oleh beliau agak kasar, namun ada juga kebenaran di sebalik penyataan tersebut. Kita perlu tahu walaupun negara ini merupakan negara demokrasi namun hak setiap individu juga perlu diambil kira. Hal ini kerana penentuan harga rumah oleh pemaju adalah hak individu di mana kos bagi pembinaan rumah itu merupakan tanggungjawab individu atau syarikat berkenaan.

Cara Rahman memberi reaksi itu menunjukkan bahawa beliau begitu tercabar dengan perilaku pemaju di negara ini yang tidak menyokong program kerajaan agar bilangan rakyat mampu memiliki rumah semakin meningkat.

Namun sebaliknya, Rahman hanya menjunjung kasih titah Sultan Perak itu dan menganggapnya sangat tepat dan perlu diambil iktibar oleh para pemaju. Pada masa yang sama, beliau menunjukan kekecewaan beliau terhadap pemaju yang tidak perhatian kepada rakyat negara ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook