Latest News

Tuesday 12 January 2016

Mantan Pegawai Polis: BUKAN Saksi Utama Kes Kg. Tanduo!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dari duluuuuuuu sudah bagitau... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MAHKAMAH dimaklumkan bahawa kesaksian mantan pegawai polis yang terlibat dalam perundingan dengan pengganas Sulu pada tahun 2013 itu bukannya saksi utama. Ini kerana pegawai polis itu hanya sebahagian daripada pasukan polis yang mengadakan rundingan dengan pengganas Sulu untuk menyerah diri. Semua kita tahu bahawa pengganas Sulu akhirnya enggan menyerah sebaliknya menentang sehingga tercetusnya pertempuran yang menyebabkan kematian.

Kesaksian seseorang dianggap penting apabila sesuatu perundingan berjaya. Oleh kerana perundingan gagal, maka dengan sendirinya peranan bekas pegawai polis itu tidak relevan lagi.

Pengganas Sulu yang menyerang Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Mac 2013 lalu itu didakwa atas kesalahan jenayah berat kerana mengisyhtihar perang dengan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pengganas Sulu menduduki Kampung Tanduo atas permainan pihak-pihak tertentu bagi mewujudkan keadaan huru-hara di Sabah sebelum PRU-13. Tujuan kepada huru-hara itu adalah apabila keadaan darurat diisytiharkan di Sabah maka dengan sendirinya tiada pilihan raya. Dan dengan itu, pihak yang merancang itu dengan mudah dapat merampas kerajaan persekutuan.

Jika Doris Jones mendakwa bahawa serangan Kampung Tanduo ada kaitan dengan pemimpin Malaya, memang benar! Akan tetapi bukan daripada para pemimpin Barisan Nasional (BN). Apa yang peliknya, Doris Jones sangat akrab dengan para pemimpin itu malah apabila para pemimpin tersebut melawat UK, Doris Jones sempat berjumpa dengan mereka. Berasaskan kepada keadaan ini, boleh saja Doris Jones juga merupakan sebahagian daripada komplot membuat huru-hara di Sabah termasuklah serangan pengganas Sulu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook