Latest News

Friday 8 January 2016

Masalah Air Kota Belud

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sekolah Pekan 2 Kota Belud Kawasan Dtk Salleh , Dtk Rahman Dahlan Menteri Penuh yg hidup di Malaya... Oleh FB Millin Biok Jr (screenshot)

SELAGI tiada pembinaan empangan di Kota Belud, selagi itu masalah air tidak dapat di atasi. Kota Belud hingga kini bergantung kepada sumber air bawah tanah yang menggunakan 'bore tube' atas sebab empangan Babayat hampir tidak dapat menampung permintaan air bagi lebih 100 ribu penduduk Kota Belud. Kebanyakan penduduk Kota Belud sejak berdekad menggunakan bore tube atau perigi untuk menampung keperluan air. 

Jika ada yang mengatakan bahawa ada pihak-pihak yang terpaksa menggali perigi untuk keperluan ianya bukan janggal. Ini kerana ianya sudah menjadi kebiasaan di Kota Belud. Air perigi bagi kawasan Kota Belud sebenarnya jernih dan selamat untuk kegunaan harian kerana air bawah tanah adalah bersih dan tidak tercemar. Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi pengesahan bahawa sumber air bawah tanah adalah selamat untuk keperluan rakyat.

Selepas berlakunya gempa bumi di Ranau pada Jun lalu, seluruh sungai di kawasan Kadamaian, Kota Belud tidak menjadi sumber air lagi. Untuk menampung permintaan air penduduk Kota Belud, kerajaan telah membeli beberapa bore tube daripada Itali yang berkapasiti besar untuk ditempatkan di loji air Kota Belud bagi menyedut air bawah tanah ke sekolah-sekolah yang telah dipasang bore tube yang digerakkan oleh tenaga elektrik untuk kegunaan pelajar sekolah dan  guru-guru. Sebenarnya, sumber air bawah tanah lebih terjamin bekalannnya berbanding air yang dirawat oleh Jabatan Air Kota Belud.

Sebenarnya, jika empangan Tambatuon berjaya dibina di Kota Belud, masalah bekalan air Kota Belud dapat di atasi sehingga tahun 2035. Namun, atas protes penduduk kampung Tambatuon yang didalangi Lim Kit Siang, maka empangan yang berkos RM446 juta itu dibatalkan. Akibatnya, seperti mana yang berlaku sekarang penduduk Kota Belud masih berdepan dengan masalah air. Jika sekiranya ketiadaan sumber air bawah tanah, masalah air di Kota Belud akan lebih teruk berbanding apa yang dialami oleh rakyat Negeri Selangor.

Para pengguna facebook yang menviralkan masalah air Kota Belud itu sebenarnya penduduk Kota Belud sudah memahami benar masalah yang didepani mereka. Penduduk Kota Belud tahu benar bahawa kerajaan melalui para wakil rakyat mereka sedang berusaha bagaimana mengatasi masalah air. 

Untuk tujuan jangka pendek bagi kegunaan sekolah-sekolah dan perkampungan yang terjejas bekalan air, kerajaan membekalkan bore tube dan tangki besar untuk menampung air bawah tanah. Bore tube yang digunakan menggunakan teknologi penapisan terkini sehingga air yang dipam hampir menyamai kualiti air yang dirawat. Untuk itu, pemilik facebook tersebut janganlah bimbang bahawa masalah air bagi kegunaan penduduk di Kota Belud kini telahpun diatasi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook