Latest News

Thursday 28 January 2016

MEMPERKASAKAN SABAH 13 VS 0???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bangga admin dengan si musa aman ni... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

SEBENARNYA, proses memperkasakan daripada kerajaan persekutuan  kepada Sabah bermula sejak tahun 1994 sebaik sahaja kerajaan negeri ditubuhkan yang bertunjangkan parti UMNO. Tindakan 'empowerment' dilaksanakan lebih awal di Sabah kerana telah mengambil kira kekerapan perubahan kerajaan. Ini seperti mana rakyat Sabah telah sedia maklum dan tahu bahawa sejak Sabah bergabung dalam Persekutuan Malaysia, sebelum ini Sabah telah empat (4) kali bertukar kerajaan kerana isu politik dalaman bagi perebutan kuasa memperkasakan negeri.

Sebenarnya, Sabah telah menikmati lebih awal perkara-perkara yang dipersetujui dalam 13 perkara yang diberikan kepada Sarawak pada dua minggu yang lalu. Oleh sebab itu, pada julung kalinya kerajaan Sabah melepasi nasib malang (jinx) 9 tahun. 'Jinx 9 tahun' adalah kejadian di mana kerajaan Sabah bertukar-tukar pentadbiran. Oleh kerana kuasa yang sepatutnya ada pada Sabah telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa mewar-warkannya, maka BN Sabah dapat memerintah lebih 25 tahun!

Mereka yang bercakap berkaitan memperkasakan yang kononnya Sabah tidak menikmati sehingga menulis sebuah info grafik gambar Datuk Seri Musa Aman 13 vs 0 yang sebenarnya mereka itu adalah yang tidak mengikuti perkembangan pemerintahan negeri sejak tahun 1994. Ini bermakna mereka-mereka itu adalah si buta sejarah dan buta peta kerana terlena begitu lama sehingga terbangun semula terus mencarut tanpa usul periksa.

Sebenarnya, page pembangkang seperti Remove Musa Remove UMNO adalah dikendalikan oleh mereka yang tidak tahu perkembangan negeri baik sosial mahupun ekonomi. Mereka ini terdiri daripada budak-budak hingusan yang bercakap mencarut 24 jam. Sepatutnya, mereka ini perlu membaca serta membuat kajian sebelum bercakap dan menulis sesuatu. Tetapi memandangkan mereka ini tiada kemampuan berbuat demikian kerana keterbatasan pengetahuan dan bertindak seperti orang-orang gila yang senantiasa mencarut dan apa yang diperkatakan adalah kurang difahami atau diterjemahkan seperti tulisan pada caption itu, sebenarnya ia tidak membawa erti apa-apa dan hanya tulisan provokasi yang tiada asas. 

AFS terpaksa memberi respons agar mereka yang tidak tahu asal usul isu itu tidak akan terkeliru.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook