Latest News

Thursday 28 January 2016

PANAS: Penjelasan Elaun Wakil Rakyat... 100K SEBULAN?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Gaji YB Parlimen yang kita undi setiap kali PRU... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

PERSOALANNYA mengapa elaun dan bukannya gaji? Baiklah hari ini, AFS akan menjawab pula isu 'screenshot' elaun rakyat yang diputar belitkan di laman sosial. Jawapan bagi mengapa bukan gaji sebaliknya elaun kerana 'elaun' adalah bayaran yang tidak mengikat, maknanya elaun akan diperoleh selagi seseorang itu menjadi wakil rakyat. Manakala gaji pula adalah imbuhan kerana seseorang itu bekerja dan bermajikan yang jelas.

Melihat kepada tanggjawab seseorang wakil rakyat jika diukur dari segi masa, kesukaran, beban tugas dan elaun yang seperti mana dikepilkan itu, sebenarnya jauh daripada mencukupi.  Dalam senarai itu semuanya betul kecuali yang berjumlah RM75,000. Senarai yang disertakan itu sebenarnya senarai bayaran tunggakan selepas perubahan elaun para MP yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Jumlah RM75,000 itu merupakan bayaran ''adjustment'' untuk elaun-elaun yang tertunggak dan ianya dibayar secara ''one-off'' atau sekali sahaja.

Apa yang cuba ditimbulkan oleh pemilik facebook itu agar pembaca mempercayai bahawa elaun seorang MP boleh mencapai lebih RM100 ribu sebulan sedangkan hakikatnya bukanlah sedemikian.

Perkhidmatan wakil rakyat meliputi keseluruhan keperluan rakyat yang diwakili disamping juga perlu hadir ke Dewan Rakyat semasa dewan itu bersidang. Bagi mereka yang kurang arif berkaitan elaun wakil rakyat, maka perlu diketahui bahawa elaun atau imbuhan lain yang dinikmati sebagai wakil rakyat menyamai JUSA B dalam kategori kakitangan awam. Ini berlainan dengan amalan negara Singapura bahawa para wakil rakyat atau menteri negara itu mengguna pakai bayaran syarikat-syarikat korporat.

Sekiranya pemilik facebook itu mempunyai waktu lapang, maka silalah merujuk imbuhan bayaran yang diberikan kepada pegawai kerajaan yang berjawatan JUSA B atau dalam kategori TURUS kerana di situ anda dapat melihat sendiri dan mengetahui asas pembayaran elaun para wakil rakyat.

Jika dipadankan komitmen atau tanggungan sosial para wakil rakyat terhadap para pengundi yang diwakili, elaun mereka itu kurang daripada 1 peratus daripada sumbangan mereka kepada para pengundi mereka. Sebagai contoh, acara turun padang wakil rakyat termasuk menziarahi kematian dan rakyat yang sakit atau hadir jemputan perkahwinan, setidak-tidaknya para wakil rakyat memberi salam dan sampul surat yang berisi. Jumlah aktiviti seperti itu bukannya satu aktiviti sahaja akan tetapi rata-ratanya melebihi sepuluh (10) aktiviti setiap minggu sehinggalah sepanjang sepenggal.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook