Latest News

Wednesday 6 January 2016

Pembinaan Rumah Sendiri Kg. Kanibongan Pitas

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hasil Tinjauan Sukarelawan SSKM/SSU-UK... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(i) Tu yb cakap, Sabah maju di dalam kerajaan UMNO BN.... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

DORIS Jones membuat satu isu berkaitan kes mengenai sebuah keluarga yang sedang dalam usaha untuk membina rumah yang belum dapat disiapkan sepenuhnya. Doris mendakwa bahawa pemilik rumah itu kononnya bekerja siang dan malam. Namun, belum berhasil untuk mendapatkan wang yang mencukupi untuk menyiapkan rumah tersebut. Apa yang cuba disampaikan oleh Doris di sini adalah mengenai betapa perlunya ada pihak lain yang turut sama menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga tersebut bagi mengurangkan bebanan meraka untuk menyiapkan rumah yang sedang dibina itu.

Di Malaysia, terdapat berbagai jenis bantuan perumahan yang diberikan kepada rakyat dan mempunyai beberapa syarat kelayakan. Bagi mereka yang tergolong dalam kalangan orang miskin yang mana tidak mempunyai harta seperti tanah, tiada sumber pendapatan tetap dan  berdaftar e-kasih melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), biasanya keluarga itu akan menerima bantuan seumpamanya seperti membina rumah baru, membaiki pulih kerosakan rumah dan juga bantuan menyiapkan pembinaan rumah. Kemungkinan keluarga yang dimaksudkan oleh Doris adalah sebuah keluarga yang memiliki tanah sekurang-kurangnya 15 ekar tetapi tidak diusahakan sehingga tidak menyumbang kepada sebarang pendapatan atau tanah tersebut hanya diusahakan dengan tanaman kontan yang tidak dapat dikomersialkan dan mungkin ia juga hanya tanaman untuk hasil kegunaan sendiri sahaja.

Di kawasan luar bandar di negeri Sabah, sememangnya terdapat ramai rakyat yang mengalami situasi seperti yang digambarkan oleh Doris kerana ianya seperti sudah menjadi tradisi bagi mereka. Pembinaan rumah-rumah di kawasan kampung adalah tidak sama dengan pembinaan rumah-rumah di kawasan bandar. Hal ini kerana pembinaan rumah-rumah di kawasan kampung biasanya memerlukan masa yang agak panjang. Ianya disebabkan si pemilik rumah tidak membeli kayu-kayan untuk dijadikan bahan pembuatan rumah akan tetapi mereka sekadar menebang kayu-kayu hutan untuk dijadikan papan dan semua itu adalah dilakukan sendiri oleh mereka. Hakikatnya, kos pembuatan rumah papan di kawasan luar bandar adalah lebih rendah berikutan perkakasan rumah kebanyakannya disediakan sendiri oleh mereka kecuali bumbung zink atau paku.

Memandangkan srikandi Doris tidak mengetahui sepenuhnya mengenai tatacara pembinaan rumah di kawasan luar bandar terutama di kawasan-kawasan terpencil, maka dia menganggap bahawa tatacara pembinaan rumah di kawasan perkampungan tersebut adalah sama denga tatacara pembinaan rumah di kawasan bandar yang mana kesemuanya perlu dibeli dengan wang.

MAKLUMAT DITERIMA:
Sebenarnya, keluarga yang dijadikan isu oleh Doris itu bukanlah merupakan satu isu utama di Sabah. Ini kerana Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA Sabah) telah membuat kajian di kawasan di mana keluarga itu menetap. Keluarga yang dimaksudkan itu sebenarnya memiliki tanah akan tetapi ianya tidak diusahakan dan sebaliknya dibiarkan tanah tersebut ditumbuhi lalang, belukar dan dipenuhi kayu-kayan. Disebabkan itu, keluarga tersebut sukar untuk berusaha mendapatkan wang tunai kerana tiada hasil tanaman yang mampu dijual. 

Walaubagaimanapun, keluarga tersebut memiliki kelengkapan dari segi keperluan sumber makanan baik sumber daging atau ikan. Ini kerana keluarga tersebut juga melakukan kegiatan menternak binatang peliharaan yang memberi hasil kepada mereka. Sebenarnya, hal inilah yang sedang dihadapi oleh rakyat di kawasan luar bandar dan yang terpencil di mana wang tunai merupakan masalah utama tetapi bukanlah dari segi sumber asas makanan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook