Latest News

Monday 18 January 2016

Penurunan Kuasa Agensi Persekutuan Di Sarawak

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Menteri Sabah hanya KERBAU dan Kuda Tunggangan Umno... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) Di Sarawak boleh buat, semi autonomi demi keutuhan BN... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)


PENURUNAN kuasa bagi negeri Sabah dan Sarawak berjalan lancar sejak diumumkan oleh Perdana Menteri pada sambutan Hari Malaysia pada 16 September tahun lalu.

Bagi Sarawak, walaupun parti-parti yang memerintah negeri itu merupakan parti-parti komponen, namun perjumpaan dengan perdana menteri hanya akan berlaku pada acara-acara rasmi dan mesyuarat parti-parti komponen. Demikian juga perjumpaan di antara perdana menteri dan ketua menteri hanya melalui acara-acara rasmi kecuali sekiranya ada janji temu. Seperti mana kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa beliau akan berjumpa Perdana Menteri pada Rabu ini untuk membincangkan berbagai perkara. Antara lainnya berkaitan Pilihan Raya Negeri Sarawak serta rumusan penurunan kuasa agensi persekutuan yang beroperasi di Sarawak kepada kerajaan negeri.

Berkaitan Sabah pula oleh kerana Ketua Menteri separti dengan Perdana Menteri maka perjumpaan antara mereka bukan sahaja melalui acara-acara rasmi akan tetapi juga melalui aktiviti parti seperti mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) atau Mesyuarat Pengerusi Perhubungan Negeri dan mesyuarat lain yang berkaitan dengan parti. Kekerapan perjumpaan antara ketua menteri dan perdana menteri menyebabkan jika ada sebarang polisi yang perlu dibincang untuk pelaksanaan di peringkat negeri maka cukuplah memadai ianya diumumkan oleh ketua menteri. Di Sabah, penurunan kuasa agensi persekutuan sudah lama bermula. Kini, Pengarah-pengarah agensi persekutuan di Sabah semuanya dijawat oleh rakyat Sabah kecuali yang berhubungan dengan hal ehwal pasukan keselamatan.

Tulun Sabah hanya jadi 'keyboard warrior' yang tidak tahu-menahu berkaitan dengan urus tadbir negeri dan seseorang yang tiada merit untuk bercakap berkaitan dengan urusan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri. Tulun Sabah merupakan individu yang mempergunakan dunia siber untuk membuat provokasi, memfitnah dan berbohong. Lambat-laun, tindakan Tulun Sabah ini akan tertangkap juga kerana pihak berwajib sedang memantau kelibat page itu di alam siber.

Bagi pengetahuan Tulun Sabah, sejak UMNO masuk ke Sabah lagi para pemimpin Sabah dapat peluang menjadi penentu polisi-polisi kerajaan. Ini termasuk mencatur hala tuju negara di peringkat antarabangsa berikutan Menteri Luar juga adalah wakil rakyat daripada Sabah. Demikian juga dari segi polisi perumahan negara serta arah tuju komunikasi negara dan teknologi yang bakal di adaptasi negara semuanya diperkasai oleh para pemimpin daripada Sabah.

Anda butakah Tulun Sabah? Tidak dapat melihat ini semua? Atau berlagak bodoh sombong sehingga boleh mendakwa bahawa para pemimpin Sabah menjadi kuda tunggangan?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook