Latest News

Thursday 21 January 2016

Penyalahgunaan Media Sosial

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang dijangka dibentang di Parlimen Mac ini... Oleh Twitter Suara Sabah Online (screenshot)

KERAJAAN melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia terpaksa membuat satu rang undang-undang baru yang meliputi semua rang undang-undang agar mereka yang menyalahgunakan media sosial dan internet dapat dikenakan hukuman terhadap perbuatan mereka. Melalui rang undang baru itu, akan termaktub kesalahan yang bakal dilakukan di mana kadangkala tidak termasuk dalam bidang undang-undang yang sedia ada. Sebagai contoh, portal Sarawak Reports boleh disekat kerana kerajaan mempunyai alasan kukuh bahawa portal itu membuat laporan-laporan fitnah dan bohong. Walaupun disekat, namun portal itu menggunakan laman sesawang lain agar supaya laporannya dapat dilayari oleh rakyat Malaysia. Dalam undang-undang yang sedia ada, menyekat laman sesawang yang digunakan sebagai media perantara tidak boleh dilakukan.

Selain itu, melalui rang undang-undang baru itu, semua pengguna internet perlu mendaftar dan menggunakan identiti yang sah seperti mana maklumat di dalam kad pengenalan. Tujuan kepada semua itu, agar tiada lagi pengguna media sosial yang menggunakan akaun palsu. Ini kerana sejak sekian lama akaun palsu telah disalahkan iaitu digunakan untuk menabur fitnah khususnya kepada para pemimpin negara.

Penyalahgunaan media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab perlu dibendung serta-merta. Hal ini kerana ianya bukan sahaja menghalang pembaca mendapat maklumat benar, malah masyarakat akan terus keliru sehingga mengundang persepsi negatif. Di samping itu, negara juga bakal dilabel sebagai negara penyebar maklumat palsu seperti mana yang berlaku sewaktu zaman cetak rompak VCD satu ketika dahulu di mana negara mendapat jolokan 'negara pusat cetak rompak VCD'.

Tindakan kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia merangka rang undang-undang bagi menghalang penyalahgunaan media sosial selain membendung  penabur fitnah adalah salah satu langkah yang bernas dan tepat untuk dilaksanakan. Selain itu, kebaikan daripada undang-undang ini dapat menggalakkan masyarakat pengguna media sosial itu lebih bersifat jujur dan menggunakan media sosial bagi tujuan yang lebih berfaedah seperti menimba ilmu, niaga dan ekonomi, sosial serta perkongsian maklumat yang benar dan betul.

Walaupun agak lewat berkaitan mengubal rang undang-undang itu, namun ianya masih  belum terlambat. Ini kerana keadaan masih terkawal dan pengenalan rang undang-undang itu sebenarnya adalah tepat pada waktunya sebelum keadaan akan menjadi benar-benar parah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook