Latest News

Wednesday 6 January 2016

Perkakas Sekolah Asrama

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Nampaknya masalah layanan... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

PERKAKAS asrama seperti almari, tilam dan bantal merupakan perkakas yang mudah rosak. Jangka hayat perkakas ini sangat bergantung kepada pengguna. Jika pengguna cuai, maka semakin cepatlah perkakas ini rosak. Almari sebagai contoh adalah diperbuat daripada kayu dan jika almari itu ditumpahi air, maka kayu akan mudah reput seperti yang dimuatkan oleh Doris Jones.

Dalam sebuah asrama, terdapat ratusan atau puluhan almari seumpama ini. Jika sebilangan rosak, ianya merupakan perkara biasa dan ia tidak menggambarkan bahawa semua perkakas dalam asrama itu rosak binasa! Perkara yang sama juga diambil kira untuk tilam atau bantal. Daripada ratusan unit, pasti saban tahun akan ada yang rosak.

Oleh kerana Doris Jones dan konco-konconya sudah membuat anggapan negatif  terhadap kerajaan, maka perkara kecil ini pun dibesar-besarkan. Malahan, dibuat andaian sesuka hati kononnya berlaku diskriminasi terhadap sekolah-sekolah di Sabah. Apa yang paling dikesalkan, Doris Jones dan konco-konconya tidak memuat naik gambar-gambar yang elok sebagai perbandingan atau tidak memetik sumber sekolah atau asrama sebagai bukti dakwaan mereka. Sebaliknya, hanya tahu berserkap jarang dan hanya memfokuskan kepada sesuatu yang tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Mungkin sahaja almari yang ditunjukkan adalah almari yang bakal diganti atau diperbaiki tetapi Doris dan penyokong-penyokongnya terus membuat kesimpulan terus membuat dakwaan untuk memburukkan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Lagipun, Doris Jones tidak dapat membuktikan bahawa almari itu masih digunakan oleh pelajar. Mungkin sahaja almari itu berada dalam bilik yang sudah tidak diguna pakai lagi atau almari yang bakal digantikan dan tujuan gambar itu berkemungkinan untuk dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk tujuan penggantian.

Almari di asrama adalah sama sahaja dengan almari di hotel-hotel. Oleh kerana almari di hotel dijaga penggunaannya, maka dengan itu ia boleh bertahan lebih lama. Demikian juga almari di rumah yakni milik perseorangan. Memandangkan dijaga dengan baik, maka ianya boleh bertahan puluhan tahun lamanya. Berbeza dengan almari asrama, para sesetengah pelajar tidak menjaganya dengan baik kerana mereka tahu ianya adalah bukan milik peribadi mereka.

Para pelajar sememangnya telah diberi penerangan mengenai isu ini agar menjaga perkakasan asrama seperti menjaga harta benda milik mereka sendiri. Ini kerana setelah mereka menamatkan pengajian akan ada lagi pelajar baru yang bakal menggunakannya. Namun, bak kata orang, "rambut sama hitam tapi hati lain-lain". 

Inilah yang berlaku terhadap Doris jones dan sekutunya di mana sesuatu tuduhan yang tidak mewakili keseluruhan perkakas yang ada dikatakan sebagai tindakan diskriminasi terhadap sekolah-sekolah di Sabah. Tambahan pula, mungkin sahaja gambar ini bukan berasal daripada Sekolah Menengah (SM) Kolej Vokasional Kudat kerana pihak sekolah di sana juga tidak dapat memberikan penjelasan berkaitan gambar tersebut. Hal ini kerana almari itu tidak wujud di asrama sekolah tersebut. Nampaknya, Doris menipu dan berbohong!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook