Latest News

Monday 25 January 2016

Perkhidmatan Atas Talian Seperti JPJ, PDRM & SPR Merupakan Sumber Maklumat

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Most of the data in fake MyKads come from Sabah... Oleh FB Page The Future Of Sabah And Sarawak The Federation of Malayis (screenshot)
(ii) Kurang ajar juga kamu ni... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(iii) Recall and re-issue MyKads for Sabahans, says PKR Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)

TIDAK pelik jika sekiranya sindiket menggunakan data “MyKad” daripada Sabah berikutan negeri Sabah merupakan negeri yang paling dekat dengan dua (2) jiran negara iaitu Filipina dan Indonesia.

Berkaitan dengan data yang digunakan oleh sindiket menggunakan maklumat rakyat Sabah ianya bukanlah perkara pelik kerana sindiket boleh menggunakan perkhidmatan atas talian yang meliputi JPJ, PDRM atau SPR di mana jika nombor kad pengenalan yang sah dimasukkan pada perkhidmtan atas talian tersebut, maka akan diketahui alamat penuh rakyat yang berkenaan. Dengan mengetahui alamat itu, maka sindiket mempergunakan maklumat itu dan mengeluarkan kad pengenalan klon atau palsu.

Sindiket pengeluar kad pengenalan palsu biasanya hanya menggantikan gambar pada MyKad palsu. Namun, alamat serta nombor MyKad kadangkalanya sama atau hanya diubah sedikit. Sebagai contoh, 580809126643 akan diubah kepada 680809126643, bergantung kepada umur seseorang atau jika umur seseorang itu hampir sama, maka dibuatkan MyKad palsu beridentiti dengan MyKad yang asli. Ini adalah kajian dan laporan yang diterima melalui AFS. Oleh sebab itu, apabila ada pemegang MyKad palsu ini terlibat dengan kemalangan dan maut, maka apabila pihak polis menghubungi keluarga mangsa itu, keluarga mangsa terkejut kerana mangsa yang dimaksudkan mungkin saja sedang tidur atau sedang menorah getah. Sedangkan menurut polis, mangsa telah terlibat kemalangan di Taiping Perak.

Pemalsuan mykad adalah kerja sindiket yang bermotifkan kewangan. Hal ini adalah sama dengan klon kereta yang juga bermotifkan kewangan. Pihak berkuasa telah mengetahui modus operandi para sindiket ini. Maka atas sebab itu, pihak berkuasa secara teratur dapat menumpas mereka-mereka ini seperti mana yang berlaku di Pahang. Pihak berkuasa mengetahui dari awal lagi namun membiarkan mereka ini menjadi sebuah koloni agar dapat menangkap seberapa ramai yang boleh. Jika bertindak sebaik sahaja laporan diterima, maka ini membolehkan yang lain dapat melarikan diri atau bersembunyi.

Sebenarnya, sindiket pengeluar MyKad palsu ini mengaut keuntungan daripada pihak-pihak pemaju atau peladang. Ini kerana pihak-pihak tertentu inilah yang dapat menjamin dan melindungi mereka-mereka PATI ini dan faktor bayaran upah rendah serta kelangsungan pekerja dapat diteruskan berikutan mereka yang memegang mykad palsu ini tidak akan ke mana-mana dan hanya tertumpu pada pekerjaan itu sahaja.

Dakwaan yang kerap diutarakan oleh pembangkang termasuk page ini sebenarnya mereka tidak tahu apa yang berlaku disebalik pengeluaran MyKad palsu. Tidak mungkin mereka ini mendaftar sebagai pengundi kerana ianya sudah tentu akan membongkar status mereka. Tujuan mereka mendapat MyKad palsu hanya bertujuan untuk bekerja dan bukan tujuan politik!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook