Latest News

Wednesday 27 January 2016

PERKHIDMATAN Keretapi Di Tenom

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)Penduduk Batu 78 Pangi Andreas Pikan 34... Oleh FB Page GPRS (screenshot)
(ii) Apa MP dan ADUN Tenom buat... Oleh FB The Future Of Sabah And Sarawak (screenshot)

PENGANGKUTAN di Sabah bukan sahaja bergantung kepada keret api akan tetapi terdapat juga pengangkutan lain. Kereta api hanya digunakan oleh penduduk di mana kampung halaman mereka berhampiran landasan. Manakala yang jauh menggunakan alat pengangkutan seperti kereta atau motorsikal.

Berkaitan dengan satu “isu” yang kononnya seorang bapa terpaksa membuat troli buatan sendiri yang boleh diluncurkan di atas landasan itu, sebenarnya satu perkara biasa sejak lama bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan landasan. Ini kerana melalui cara itu, tidak perlu mengangkat barang atau berjalan kaki kerana menggunakan peluncur papan seperti mengayuh sampan di sungai.

Sebenarnya, ramai penduduk di kawasan landasan lebih gemar menggunakan papan luncur kerana ianya lebih cepat untuk sampai ke tujuan destinasi berbanding menunggu jadual perjalanan kereta api kecuali mereka yang membawa barang yang banyak serta mengambil perjalanan yang jauh.

Berkaitan isu yang ditimbulkan oleh pemilik facebook tersebut yang kononnya bapa kepada seorang anak di kawasan itu terpaksa membuat troli semata-mata untuk membawa anaknya ke hospital ekoran perkhidmatan kereta api terganggu selama sebulan tidak menggambarkan kebenaran yang sebenar. Oleh kerana jika melihat papan luncur itu, memang telah dibuat sejak lama dan seperti yang telah dinyatakan di atas bahawa papan luncur kerap digunakan oleh penduduk yang tinggal berdekatan dengan landasan kereta api.

Mungkin ada kebenaran bahawa perkhidmatan kereta api terganggu di Tenom. Namun, seperti praktik seharian rakyat negeri ini yang mana kereta api hanya salah satu alat pengangkutan dan rakyat mempunyai beberapa alternatif pengangkutan lain seperti yang disebutkan di atas.

Walaubagaimanapun, demi keselesaan penduduk maka sebaiknya perkhidmatan kereta api tidak kerap terganggu kerana ianya menyulitkan rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook