Latest News

Tuesday 12 January 2016

PERSOALANNYA MyKad Penduduk Sabah Perlu Diganti???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Lama sudah saranan UPKO psl IC... Oleh FB Terrence A Siambun (screenshot)
(ii) Diorang tahu dan sedar bn tidak akan selesaikan masalah ini... Oleh FB Regi B Puvok (screenshot)

JIKA benar rakyat Sabah menyokong suara parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) agar MyKad penduduk Sabah ditarik balik atau diganti kepada yang baharu, maka sudah semestinya semua calon Parti Progresif Sabah (SAPP) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Ini kerana salah satu manifesto parti tersebut adalah menggantikan MyKad penduduk di negeri ini kepada 'Kad Pengenalan Sabah'.

Walaubagaimanapun, tiada seorang calon daripada Parti SAPP yang berjaya memenangi PRU-13 yang lalu. Malah, ramai calon yang telah kehilangan wang pendahuluan mereka. Selain itu, Parti UPKO turut menjadi mangsa apabila menjadikan isu MyKad dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah sebagai manifesto mereka. Keputusan presiden parti tersebut telah menyebabkan mereka kalah di kawasan tradisinya. Bahkan, bukan itu sahaja salah seorang pemimpin kanan parti tersebut turut tewas dalam pilihan raya yang lalu.

Namun begitu, perkara yang sama dilakukan oleh calon yang telah mengalahkan calon-calon yang mewakili Parti UPKO semasa kempen pada PRU-13 yang lalu agar pemimpin parti tersebut terpaksa mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi impak yang negatif kepada keseluruhan parti itu.

Di antara kenyataan yang dikeluarkan oleh pemangku Presiden parti itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yakni tidak boleh menghalang penggantian MyKad penduduk negeri ini kerana ia merupakan kuasa di bawah kerajaan negeri. Walaupun fakta itu benar di mana Perdana Menteri tidak boleh menghalang penggantian dokumen pengenalan diri masyarakat Sabah, namun kerajaan negeri perlu menanggung kesemua kos penggantian jika kerajaan memutuskan untuk berbuat demikian. Jumlah kos penggantian sekurang-kurangnya memerlukan RM 1 bilion untuk menampung jumlah penduduk yang seramai 2.5 juta di negeri ini.

Selain itu, terdapat juga beberapa persoalan yang bakal timbul berikutan dengan isu penggantian Mykad itu. Di antaranya ialah berapa lama tempoh masa yang perlu diambil bagi menggantikan kesemua MyKad penduduk di negeri ini? Dan berapa peratus sahaja rakyat Sabah ini boleh dicapai oleh kerajaan negeri? Sedangkan, sehingga kini masih terdapat ramai penduduk Sabah yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan yang terpencil. Disamping itu, sejauh mana mereka boleh menjawab segala dakwaan yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan apakah tindakan yang akan diambil oleh mereka bagi membezakan seseorang itu mempunyai status kewarganegaraan ataupun tiada?

Jika hanya berdasarkan 'Sijil Kelahiran' mereka sahaja, bagaimanakah ia boleh menyelesaikan segelintir penduduk yang tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri? Hal ini kerana pada tahun 1973, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia pernah melonggarkan syarat membuat kad pengenalan di mana bagi mereka yang tidak mempunyai sijil lahir boleh menggunakan surat akuan atau surat pengesahan daripada ketua-ketua kampung atau ketua-ketua anak negeri. Akan tetapi, kaedah tersebut telah dimansuhkan pada tahun 1984.

Kebanyakan penduduk Sabah yang berumur 50 tahun dan ke atas pada hari ini, masih lagi tidak mempunyai sijil lahir. Apakah tindakan yang akan diambil oleh mereka jika ingin menggantikan kad pengenalan? Jika kaedah lama digunakan, maka tidak akan ada apa-apa perkembangan kepada proses penggantian tersebut.

Bagi Parti UPKO, mereka perlu mengambil kira penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman dan jangan hanya terpengaruh dengan kehendak penduduk bandar yang mana telah lengkap dengan berdokumen. Secara kebetulan, mereka ini adalah yang menolak parti BN! Disebabkan itu, para pemimpin mereka berani mengeluarkan kenyataan, "jika Barisan Nasional (BN) tidak mampu memenuhi keperluan rakyat, maka lebih baik keluar BN".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook