Latest News

Monday 25 January 2016

RAMPAS DUN Kedamaian: CABARAN BN Kota Belud!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) N Kota Belud perlu pastikan kemenangan di Kadamaian, kata Salleh... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(ii) Orang Kota Belud mahu terus jadi penjilat pantat si salleh keruak kah... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

PADA Sabtu lalu, satu mesyaurat BN cawangan Kota Belud (KB) yang bertempat di sebuah hotel di Kota Kinabalu di mana mesyuarat itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi BN Kota Belud merangkap Ketua Bahagian UMNO Kota Belud.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian parti komponen bersama timbalan masing-masing bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara para pemimpin parti di peringkat daerah. Hal ini kerana faktor kurang kukuhnya persefahaman dan kerjasama antara para pemimpin di peringkat akar umbi adalah punca calon BN kalah pada calon parti pembangkang pada PRU-13 lalu.

Pada mesyuarat itu, semua Ketua-Ketua Bahagian parti komponen berikrar untuk memperkuatkan lagi kerjasama agar DUN Kedamaian boleh dimenangi BN pada PRU-14 akan datang. 

Sebenarnya, faktor kekalahan BN pada PRU-13 lalu di kawasan DUN Kedamaian adalah berpunca daripada calon itu sendiri. Sebelum penamaan calon atau pembubaran DUN Sabah, memang telah diterima maklum balas daripada akar umbi jika calon berkenaan dicalonkan, maka pengundi tiada pilihan melainkan akan menolaknya. Malangnya, makluman balas itu tidak diambil kira oleh pucuk pimpinan PBS dan masih mencalonkan calon tersebut. Akibatnya, Kedamaian yang merupakan wilayah BN terlepas kepada calon PKR walaupun kemudiannya wakil rakyat itu menyertai komponen BN, PBRS dan  kini menjadi salah seorang naib presiden parti itu.

Pada mesyuarat pada Sabtu lalu, semua pemimpin akar umbi Kedamaian yakin bahawa DUN itu bakal dirampas semula. Maka, ini adalah sesuai dengan pengakuan itu dan Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi BN daerah KB menyampaikan hasrat itu kepada wartawan yang bertanyakan berkaitan dengan hasil perbincangan mesyuarat.

Sebagai Pengerusi BN Kota Belud, kenyataan Datuk Seri Salleh Said Keruak itu memang tepat kerana itulah kehendak pemimpin akar umbi. Jika ada dakwaan yang kononnya kenyataan Datuk Seri Salleh Said Keruak itu merupakan keputusan sendiri sebenarnya dakwaan itu bersifat dolak-dalik dan bohong. Ini kerana Datuk Seri Salleh Said Keruak hanya menyampaikan keputusan dan pengakuan Ketua-Ketua Bahagian komponen BN di daerah Kota Belud berkaitan pendirian mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook