Latest News

Wednesday 20 January 2016

SABAH TANAH JAJAHAN MALAYA? - Jeffrey

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya share saja mana blog politik asalkan intipatinya itu adalah SABAH FOR SABAHAN... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) SABAH – TANAH JAJAHAN MALAYA... Oleh Blog Star Sabah (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot)


SUDAH menjadi pengetahuan umum bahawa sebelum Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dia sangat lantang menentang kepimpinan Semenanjung Malaysia. Bukan itu sahaja, gambar Tun Dr. Mahathir Mohammad dijadikan sasaran tembak atau permainan damak di balai-balai raya di kawasan yang dimenangi parti itu.

Jeffrey turut membuat dakwaan untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan persekutuan kononnya Tun Dr. Mahathir pernah memberitahunya bahawa Sabah merupakan jajahan Malaya. Oleh sebab itu, apa sahaja tindakan Jeffrey tidak akan ke mana.

Berdasarkan kepada kenyataan tersebut, Jeffrey juga mendakwa kononnya sebarang pengakuan daripada Tun Dr. Mahathir berkenaan Sabah merupakan jajahan Malaya yang tidak akan disiarkan di mana-mana media. Malangnya, tiada siapa yang pernah mendengar laporan atau kenyataan Tun Dr. Mahathir itu melainkan hanya Jeffrey seorang. Bayangkan daripada berjuta rakyat Malaysia, tiada siapa yang pernah mendengar bahawa Tun Dr. Mahathir pernah berkata sedemikian seperti yang didakwa oleh Jeffrey. Apakah erti semua dakwaan Jeffrey itu? Ini menunjukkan bahawa kenyataan Jeffrey itu adalah bohong dan palsu!

Adakah benar Sabah adalah jajahan malaya seperti yang didakwa oleh jeffrey dan konco-konconya? Sedangkan, mereka tidak dapat memberi fakta atau data yang memperlihatkan situasi bahawa Sabah ini adalah benar-benar di bawah jajahan Malaya. Jika dilihat dalam aspek pentadbiran, kerajaan Sabah ditadbir oleh rakyat Sabah dan kesemua pegawai kerajaan juga adalah rakyat Sabah. Malah, kuasa tanah, hasil sabah juga di bawah pentadbiran rakyat Sabah. Sabah juga diberi perlindungan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditanggung oleh kerajaan persekutuan.

Jeffery dan konco-konconya juga harus sedar bahawa rakyat Sabah juga diberi perkhidmatan secara percuma oleh kerajaan persekutuan yang merangkumi bidang pendidikan yang ditanggung oleh persekutuan. Jika benar seperti yang didakwa oleh Jeffrey, bolehkah mereka menyenaraikan bukti yang memperlihatkan Sabah ini adalah di bawah jajahan Malaya? Jika dilihat pada senario tersebut, dakwaan jeffrey dan konco-konconya itu hanyalah mahu mendapatkan sokongan daripada rakyat untuk mendapatkan kuasa. Namun, usaha mereka hanya sia-sia kerana dakyah mereka hanyalah penipuan dan penuh dengan muslihat semata-mata!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook