Latest News

Wednesday 6 January 2016

Sabah Terus Maju Bersama Persekutuan

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) HANYA DENGAN KELUAR DARI FEDERASI SAHAJA... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SABAH akan terus maju dan membangun bersama Persekutuan. Sebabnya, di dunia sekarang tiada lagi negeri atau negara boleh hidup bersendirian melainkan kebergantungan antara satu sama lain. Negara Brunei Darussalam yang begitu kaya dengan hasil minyaknya pun, sangat bergantung kepada jiran terdekatnya iaitu Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan sumber keperluan bahan makanan, tempat beriadah dan membeli-belah. Sabah dan Sarawak dengan keluasan yang lebih besar berbanding Semenanjung dan mempunyai 5 juta penduduk yang lebih diperlukan berbanding penduduk daripada negeri-negeri lain untuk pasaran komoditi seperti pertanian mahupun perikanan sebagai sumber pendapatan. Sabah dan Sarawak dengan jumlah penduduk sekitar 5 juta tidak akan mampu menggerakkan perekonomiannya tanpa pelanggan daripada negeri-negeri lain. Ini kerana komoditi yang dihasilkan oleh dua (2) negeri itu, hanya untuk penggunaan masyarakat yang mendiami rantau tersebut. Meskipun begitu, komoditi hasil kedua-dua negeri itu juga diperlukan oleh negara-negara seperti Indonesia, Thailand atau Filipina. Namun, disebabkan oleh jurang perdagangan, maka komiditi yang dihasilkan oleh Sabah dan Sarawak sukar untuk menembusi pasaran di negara-negara tersebut. 

Adakah Doris Jones dan pengikutnya tidak terfikir bahawa ianya adalah mudah untuk mengeksport barangan atau komoditi yang turut dihasilkan di negara-negara lain berikutan negara-negara itu juga perlu melindungi industri atau pengusaha mereka sendiri.

Bolehkah Sabah and Sarawak mengeksport minyak kelapa sawit atau susu getah ke Indonesia atau Thailand? Atau mengeksport tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran ke negara-negara itu? Atau saja bolehkah Sabah dan Sarawak mengeksport hasil laut dan ikan ke Indonesia, Thailand atau di negara-negara lain? Jika Sabah dan Sarawak berpisah dengan Semenanjung, bererti dua (2) negeri itu kehilangan sebanyak 23 juta orang pelanggan kerana jumlah itu merupakan jumlah bilangan penduduk di Semenanjung. Nampaknya, Doris mahukan penduduk Sabah dan Sarawak jatuh miskin seperti sebelum merdeka! Bolehkah Doris Jones memberi jaminan bahawa UK akan membeli barangan daripada Sabah dan Sarawak di mana hingga ke saat ini sejak malaysia merdeka lagi, hanya produk yang berasaskan kayu-kayan dan susu getah sahaja yang menembusi pasaran UK. Manakala produk lain seperti minyak kelapa sawit, ia bukan sahaja tidak dapat menembusi pasaran negara itu, malahan berlaku kempen besar-besaran bahawa ladang kelapa sawit merupakan pemusnah hutan.

Doris Jones, seolah-olah mahu rakyat Sabah dan Sarawak terus ketinggalan dalam arus pembangunan seperti mana berlaku zaman penjajahan. Bayangkan jika Sabah dan Sarawak tidak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, bolehkah kadar kemiskinan diturunkan? Berapakah kadar celik huruf ditingkatkan dan berapa ramaikah rakyat kedua-dua negeri itu mendapat taraf pendidikan yang setaraf dengan pendidikan di seluruh negara? Mungkin hingga kini, jika Sabah dan Sarawak tidak menyertai Persekutuan Malaysia, boleh saja keadaan akan serupa dengan penduduk Papua New Guinea kerana jumlah penduduk
Papua New Guinea adalah hampir sama jumlahnya dengan penduduk Sabah dan Sarawak.

Doris dan penyokong-penyokongnya mahukan rakyat Sabah dan Sarawak terus ketinggalan. Maka, atas sebab itu mereka tidak mahu bahawa sebahagian daripada rakyat Sabah dan Sarawak merupakan pemimpin negara. Kononnya, dengan alasan sejak merdeka lagi para pemimpin Persekutuan adalah terdiri daripada kombinasi antara rakyat.
Maka, mereka tidak mahu ada sebilangan daripada rakyat Sabah dan Sarawak menjadi pemimpin negara. Ini kerana sejak merdeka lagi para pemimpin Persekutuan adalah terdiri daripada rakyat Sabah dan Sarawak serta Semenanjung. 

Sebagai menteri persekutuan yang juga mewakili negeri Perlis hingga ke Sabah yang meliputi 14 negeri termasuk wilayah persekutuan, nampaknya Doris mahu rakyat Sabah dan Sarawak hanya mempunyai kuasa terhad seperti yang berlaku di Brunei Darussalam di mana Sultan yang memerintah hanya kurang daripada 400 ribu rakyat. Sedangkan, jika seseorang itu menjadi seorang 'Menteri Penuh Persekutuan', beliau mewaklili seramai 27 juta rakyat! Sila bandingkan! 

Doris, persoalannya mana yang dilihat mempunyai kuasa besar? Adakah mewakili 5 juta rakyat atau 27 juta rakyat?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook