Latest News

Monday 25 January 2016

“Sabah Tidak Perlu Autonomi...” Tidak Pernah Diucapkan Oleh Musa!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sial betul anak pakistan ni... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

NAMPAK atau tidak bagaimana kenyataan Datuk Seri Musa Aman disalahgunakan?!! Kenyataan selepas tulisan pertama dan seterusnya memang betul. Kemajuan Sabah terjamin di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan Sabah itu memang betul. Akan tetapi kenyataan baris pertama adalah fitnah dan bohong kerana Datuk Seri Musa Aman tidak pernah berkata atau berucap dengan mengandungi kata-kata sedemikian!

Page yang mengunakan Remove Musa Remove UMNO Sabah itu sebenarnya tiada kredibiti dan tiada asas untuk mencadangkan 'menyahkan' Datuk Seri Musa Aman daripada menerajui kerajaan negeri. AFS hanya memberi respon kepada pembohongan yang ditulis agar supaya pembaca yang tidak tahu asal usul info grafik itu tidak akan terkeliru.

Memang diakui page Remove Musa Remove UMNO Sabah merupakan page pembangkang. Namun, apa yang ditulis adalah auta dan pembohongan yang sesuai dengan pendirian pembangkang yang suka berbohong dan menipu hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan. Lihat sahaja bagaimana mereka menipu pengundi pada PRU-13 lalu sehingga 12 kawasan mereka tawan. Namun, akhirnya para wakil rakyat yang tidak mahu menanggung impak pembohongan dan penipuan seperti ADUN Matunggong, ADUN Kedamaian dan ADUN Luyang terpaksa keluar daripada barisan pembangkang. 

Kini, kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang dan pengundinya menderita kerana tidak mendapat pembelaan daripada wakil rakyat mereka. Demikian juga wakil rakyat mereka memasang pencacai siber seperti page Remove Musa Remove UMNO Sabah walaupun ianya langsung tidak mempengaruhi penyokong apatah lagi UMNO Sabah!

Berkaitan dengan kenyataan Datuk Seri Musa Aman yang diputar belit iaitu berhubung dengan “autonomi”. Apakah yang dimaksudkan dengan autonomi? Jika maksud dari segi pemerintahan atau pentadbiran negeri, sejak merdeka lagi Sabah diperintah dan ditadbir oleh rakyat Sabah. Jika dari segi pembangunan atau perbelanjaan pembangunan, Sabah menentukan pembangunan dan perbelanjaan pembangunan itu. Jika dalam segi kuasa berkaitan tanah dan biasisawa pula, pelantikan pegawai-pegawai kerajaan negeri semua diputuskan oleh kerajaan negeri! Jadi mana satu yang tidak dipunyai oleh kerajaan negeri? Manakala berkaitan keselamatan, kesihatan dan pendidikan memang dalam perlembagaan adalah tanggungjawab persekutuan kerana sektor itu memerlukan pembiayaan yang besar. Kerajaan negeri sudah tentu tidak akan mampu memberikan pembiayaan tersebut. 

Maka dengan itu, apakah yang dimaksudkan dengan 'autonomi' oleh page itu? Adat resam juga yang diurus oleh mahkamah anak negeri hanya Sabah yang mempraktikkan. Manakala negeri-negeri lain tidak mempunyai mahkamah seumpama itu. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan 'autonomi' oleh page itu??? 

Mungkin hanya tahu menyebut kata autonomi tetapi tidak tahu pengertiannya. Kasihan sungguh!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook