Latest News

Monday 18 January 2016

SALLEH: Penyalahgunaan Media Sosial

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) JIKA SAYA DITANGKAP, DIDAKWA ATAS TUDUHAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SECARA AKTIF... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

TIADA larangan di dalam negara ini menghentam kerajaan kerana sejak negara ini ditubuhkan daripada sejak itu parti yang tidak dapat menubuhkan kerajaan (parti pembangkang) secara terus-menerus membangkang dan menghentam kerajaan.

Apa yang dilarang adalah berita-berita palsu yang boleh menyebabkan keresahan rakyat. Contohnya, laporan bahawa ada serangan bom di Kuala Lumpur sedangkan kebakaran beberapa kereta di  sebuah lokasi tempat letak kereta itu adalah perbuatan jenayah yang dilakukan oleh seseorang yang melemparkan botol berisi petrol ke sebuah kenderaan yang dinaiki isterinya. Ini berpunca ekoran daripada perasaan cemburu dan menyebabkan beberapa buah kereta berhampiran turut terbakar atau turut menviralkan seseorang telah mati sedangkan orang itu sihat walafiat.

Jika anda hanya lantang kerana tidak suka parti yang memerintah itu lumrah sebagai orang pembangkang. Akan tetapi, jika anda memfitnah sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin kerajaan atau sesiapa sahaja sehingga menyebabkan reputasi seseorang itu menjadi taruhan, maka anda termasuk dalam kumpulan pemfitnah dan menyalahgunakan media sosial untuk mengaibkan orang lain. 

Anda tidak akan bakal ditangkap kerana hanya mengutarakan pandangan anda dan menunjukkan perjuangan anda lebih baik berbanding parti atau pemimpin yang berkuasa. Namun, jika ada membuat fitnah yang kononnya kerajaan mengamalkan rasuah, pilih kasih dan sebagainya dan malangnya anda tidak dapat membuktikan dakwaan anda itu maka anda termasuk dalam kumpulan yang memfitnah dalam kumpulan yang menyalahgunakan media sosial.  Dalam soal itu, anda bakal diminta untuk memberi keterangan kepada pihak berwajib. Jika anda gagal memberi keterangan maka anda bakal ditangkap atas tuduhan memfitnah.

Apabila seseorang yang ditangkap tentunya pihak berkuasa mempunyai bukti lengkap bahawa tuduhan ke atas anda itu mempunyai merit untuk didakwa di mahkamah. Oleh sebab itu, beberapa blogger pembangkang yang gemar menabur fitnah dan apabila dihadapkan di mahkamah, maka didapati bersalah kerana semua dakwaan dan tindakan melalui media sosial tertuduh semuanya palsu dan fitnah.

Jika anda seorang yang jujur pada diri sendiri dengan sendirinya akan jujur pada orang lain. Maka, sudah tentu anda tidak mungkin ditangkap hanya kerana alasan membangkang parti-parti kerajaan atau para pemimpinnya. Sebagai contoh, perbuatan membangkang adalah kerap menabur janji dengan berkata sedemikian "JIKA KAMI MEMERINTAH, MAKA SEMUA JALAN DI HALAMAN KAMPUNG AKAN DINAIK TARAF KERANA SELAMA BERTAHUN-TAHUN KERAJAAN MENGABAIKAN JALAN-JALAN TERSEBUT!". Ini bukannya atas sebab semua wang masuk poket pemimpin kerajaan maka jalan-jalan tidak dapat dinaik taraf. Dalam keadaan ini, anda bakal diambil keterangan berkaitan kenyataan “wang masuk poket di mana anda perlu memberi bukti dakwaan anda itu dan jika gagal maka anda bakal didakwa kerana menyalahgunakan media sosial untuk menabur fitnah semata-mata. 

Terserah pada anda sendiri untuk bercakap benar atau bercakap bohong. Jika bercakap bohong undang-undang senantiasa menanti anda.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook