Latest News

Saturday 23 January 2016

Sarawak And 13 Wishes: Perjuangan Politik Sabah Menyediakan Keperluan Rakyat

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Cm Sarawak sibuk hak2 Sarawak ... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)

TERIMA KASIH kerana ada yang mengiktiraf bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman adalah sedang sibuk dengan berbagai projek dan tentunya dilaksanakan di Sabah. Sesebuah pemerintahan jika mendapat jolokan 'sibuk dengan projek', ertinya sesebuah kerajaan itu mempunyai wang, aman dan stabil bersama-sama dengan  pengurusan serta pentadbiran yang mantap.

Apabila Sarawak sibuk dengan berbagai karenah pentadbiran, akan tetapi Sabah pula sibuk dengan niaga projek dan setidak-tidaknya itulah dimaksudkan pemilik facebook tersebut.

Tulun Sabah bukan merupakan anggota pentadbiran. Maka, tidak tahu terhadap kuasa-kuasa kerajaan negeri dan atas sebab itulah membandingkan Tan Sri Adenan Satem dengan Datuk Seri Musa Aman. Sebenarnya, apa yang bakal dilaksanakan di Sarawak itu sudah lama berjalan di Sabah. Sebabnya, Sabah diperintah oleh sebuah parti yang mana parti itu merupakan tunjang kepada kerajaan pusat selain presiden parti yang juga adalah perdana menteri di dalam badan eksekutif.

Sebenarnya, kemahuan rakyat majoriti bagi sesebuah negeri apabila projek pembangunan semakin rancak kerana semakin rancaknya pembangunan, maka selain untuk perkembangan ekonomi juga kepada rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan.

Ambil iktibar semasa tempoh tahun 1985 hingga 1994 di Sabah apabila semua pihak sibuk dengan karenah pemerintahan khususnya pendekatan pemimpin kerajaan pada masa itu yang mewar-warkan berkaitan 20 Perkara dan MA63. Akhirnya, para pemimpin langsung tidak ada masa untuk memikirkan pembangunan Sabah lalu Sabah pernah menjadi negeri termiskin di Malaysia.

Datuk Seri Musa Aman mengambil pendekatan pembangunan serta pembelaan kepada rakyat Sabah, bukannya pendekatan 'ceremonial' seperti menang sorak tetapi kampung tergadai. Datuk Seri Musa Aman tidak mementingkan kepada nama atau kelihatan ada kuasa atau gagah akan tetapi mementingkan ''what we want, what we get!''. Maka, itulah yang berlaku di Sabah sehingga hari ini yang tidak disedari oleh penyokong pembangkang termasuk page Tulun Sabah.

Tulun Sabah mesti ingat bahawa kuasa politik adalah kuasa untuk membangunkan rakyat dan negeri dan bukannya tujuan semata-mata 'ceremonial'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook