Latest News

Wednesday 13 January 2016

SEBAHAGIAN JALAN BALAK: Jalan Kampung Pohon Batu, Nabawan

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jalan di Kampung Pohon Batu, Nabawan, Sabah... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

UNTUK pengetahuan Doris Jones yang mungkin belum pernah melihat jalan balak, jalan balak pada asalnya hanya digunakan oleh syarikat pembalakan dan bukan sebagai laluan penduduk.

Pada kebiasaannya, setelah segala kerja pembalakan telah selesai maka laluan bagi pengangkutan balak akan ditinggalkan dan tidak digunakan lagi.


Selain itu, bukan tugas kerajaan negeri untuk membina laluan bagi pengangkutan balak itu. Namun, tanggungjawab bagi membina laluan balak tersebut seharusnya dipikul oleh syarikat pembalakan untuk tujuan mengangkut balak.

Kampung yang disebut Doris adalah merupakan sebuah perkampungan yang terletak di daerah terpencil dan juga merupakan kawasan pembalakan. Penduduk yang mendiami kampung itu sebenarnya bukan penduduk kampung yang diwartakan kerana kawasan itu merupakan kawasan pembalakan dan tanah di kawasan itu adalah tanah kerajaan.

Kerajaan tidak dinafikan mempunyai kewajiban membina jalan perhubungan bagi perkampungan yang diwartakan, perkara sebaliknya akan berlaku jika sesebuah kawasan yang tidak diwartakan sebagai perkampungan di mana kerajaan tiada kewajiban untuk membina jalan perhubungan di kawasan tersebut.

Kebiasaannya, kerajaan akan membina jalan perhubungan walaupun sesebuah kampung belum diwartakan. Hal ini berlaku jika terdapat ramai penduduk dalam kampung tersebut dan terdapat juga aktiviti ekonomi di kawasan itu yang diusahakan oleh penduduk

Bagi kampung yang dimaksudkan Doris, tidak ada sebarang permintaan atau permohonan untuk membina jalan perhubungan di kawasan tersebut baik di peringkat daerah mahupun peringkat negeri berikutan jalan itu sebenarnya hanya laluan untuk kenderaan berat sahaja kecuali jalan Pohon Batu A dan B. Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak perlu untuk membina laluan perhubungan memandangkan jalan itu hanya menjadi laluan lori pengangkut balak sahaja.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook