Latest News

Monday 11 January 2016

SEBENARNYA Jawatan Ketua Menteri Tiada Hubungan Dengan Penggal

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Adakah anda setuju jawatan Ketua Menteri Sabah... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)

JAWATAN Ketua Menteri sebenarnya ialah jawatan yang diberikan kepada sesebuah parti yang menang dalam pilihan raya. Jawatan ketua menteri itu sebenarnya merupakan jawatan kerajaan yang bersifat politik dan ianya mesti ada pada sesebuah kerajaan. Apakah kerajaan itu Beraja atau tidak.

Bagi kes di Semenanjung, ketua menteri atau menteri besar (MB) ditentukan setiap selepas Pilihan Raya Umum. Namun, bagi Sabah dan Sarawak, walaupun caranya hampir sama walaubagaimanapun pelaksanaannya berlainan sedikit. Di Sabah dan Sarawak, selagi seseorang pemimpin itu masih merupakan Pengerusi BN Negeri dan menang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), maka akan terus dilantik sebagai ketua menteri kecuali berlaku hal-hal diluar dugaan. Demikian juga di Sarawak, selagi seseorang pemimpin itu merupakan Pengerusi BN Negeri, maka selepas pilihan raya  beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri dan pemimpin itulah masih dilantik sebagai ketua menteri.

Sebenarnya, praktikal jawatan ketua menteri atau menteri besar hanya sepenggal yang bertempoh masa 4 hingga 5 tahun. Hal ini kerana setiap sepenggal, maka ketua menteri yang baru akan mengangkat sumpah. Bagi maksud pemilik facebook itu, pemimpin yang sama hanya boleh dilantik sebanyak dua (2) kali atau dua (2) penggal. Lazimnya, pemimpin yang bakal dilantik sebagai ketua menteri (bagi Sabah dan Sarawak), maka seseorang pemimpin itu terlebih dahulu menjadi Pengerusi BN Negeri. Selagi seseorang pemimpin itu masih menjawat Pengerusi BN Negeri dan tidak berhasrat mengundurkan diri, maka selagi itulah pemimpin itu akan terus dilantik sebagai ketua menteri pada setiap kali selesai pilihan raya. Sebabnya kerana pemimpin itu mengetuai setiap pilihan raya dan pengundi memberi kepercayaan melalui kemenangan! Maka, amanah rakyat itu terus dipikul kecuali sebelum proses pengundian pemimpin yang mengetuai pilihan raya itu sudah menyatakan hasrat untuk bersara dan penggantinya sudah diumumkan. Maka, barulah berlaku penggantian pemimpin yang bakal dilantik sebagai ketua menteri yang baru.

Sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara adalah berasaskan kepada parti yang menang dalam pilihan raya dan dalam parti itu pemimpin yang memimpin parti adalah Presiden. Bagi Sabah, pemimpin yang menjalankan tugas Presiden adalah Pengerusi UMNO Sabah yang juga Pengerusi BN Negeri. Demikian juga di Sarawak, Presiden PBB merupakan Pengerusi BN Negeri kerana kedudukan parti PBB merupakan parti terbesar di negeri Bumi Kenyalang, Sarawak.

Sebenarnya, sesiapa sahaja pemimpin yang bakal dilantik sebagai jawatan ketua menteri asalkan pemimpin itu mewakili parti yang sama, maka polisi kerajaan tidak akan jauh berbeza. Cuma yang bertukar adalah para kakitangan atau staf yang mengelilingi pemimpin itu seperti pengawal, pemandu, setiausaha sulit dan sebagainya. Manakala cara pentadbirannya akan tetap sama berikutan mewakili parti yang sama. 

Biasanya, bagi 'parti besar' yang sedang memerintah tidak akan melakukan sebarang perubahan kepimpinan kecualilah pemimpin nombor satu sesebuah parti itu akan bersara. Ini kerana perubahan itu boleh menganggu perancangan yang telah disusun untuk pelaksanaan negara di mana walaupun cara pemerintahan yang sama akan tetapi gaya pemerintahan akan pasti berbeza. Untuk mengelakkan perubahan cara kepimpinan, maka atas sebab itulah seseorang pemimpin yang diberi kepercayaan oleh rakyat pada setiap pilihan raya akan terus dilantik sebagai ketua menteri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook