Latest News

Thursday 14 January 2016

Sejak Bila Doris Jones Mewakili Penoreh Getah?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SILA SEBARKAN JIKA ANDA SETUJU DENGAN TUNTUTAN RAKYAT... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) SILA SEBARKAN JIKA ANDA SETUJU DENGAN TUNTUTAN RAKYAT... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iii) Teruskan sessi ''FOLLOW UP LIGS''... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SEJAK bila Doris Jones mewakili hak asasi penoreh getah? Tahukah Doris Jones bahawa harga getah seperti komoditi lain yang di mana harga juga ditentukan oleh pasaran dunia yakni berasaskan permintaan dan penawaran. Di pasaran dunia, kerap kali harga lebih rendah berbanding dengan harga tempatan. Oleh sebab itu, kerajaan memberikan insentif atau subsidi harga kepada penoreh getah. Tujuan subsidi harga itu, agar supaya penoreh atau pekebun mendapat pendapatan yang mampu menyara keluarga mereka.

Tahukah Doris Jones bahawa bukan Malaysia sahaja sebuah negara pengeluar getah akan tetapi negara-negara lain seperti Indonesia dan Thailand. Tahukah Doris jones permintaan terhadap getah akan menurun jika harga minyak turun! Keadaan sekarang di mana harga minyak menjunam, maka sangat berimpak kepada permintaan terhadap getah disebabkan sektor pembuat tayar mahupun perkakas yang berasaskan minyak adalah lebih murah dikeluarkan berbanding jika menggunakan bahan daripada getah.

Walaupun permintaan terhadap getah menurun, kerajaan tahu bahawa ramai rakyat yang bergantung hidup terhadap tani kebun getah. Maka, subsidi diberikan dengan istilah insentif kerana sebagai strategi agar pihak pengguna atau pembeli tidak mempolitikkan harga getah. Subsidi bagi komoditi eksport seperti getah sangat sensitif jika dikaitkan dengan perdagangan luar negara.

Berkaitan dengan pembayaran subsidi yang diberikan oleh kerajaan tidak dibayar serentak adalah disebabkan pembeli getah bukanlah daripada kerajaan melainkan para pemborong atau pengilang getah secara swasta. Para pemborong atau penoreh getah ini akan membayar pada harga yang ditentukan dan seterusnya berasaskan rekod atau resit penjualan lalu penoreh atau pekebun akan mengemukakan tuntutan subsidi itu.  

Tahukah Doris Jones mengapa hal ini bermekanisme sedemikian? Jawapannya adalah jika subsidi dibayar terus kepada pemborong atau pengilang getah, kemungkinan besar akan disalahgunakan. Kes seperti beras Super Tempatan ST15, kes tong gas dan kes subsidi minyak kepada nelayan adalah sebagai contoh bahawa subsidi kerajaan disalahgunakan jika subsidi harga diberikan kepada pemborong atau pengilang secara terus.  

Tahukah Doris Jones bahawa jumlah pengilang atau pemborong hanya sedikit jumlahnya berbanding penoreh atau pekebun getah. Jika subsidi harga dibayar kepada pemborong atau pengilang, akhirnya tiada getah yang akan dibeli. Sebaliknya, pemborong atau pengilang hanya berniaga resit untuk meminta bayaran daripada kerajaan. Fikir-fikirkan!

Individu seperti Doris Jones yang langsung tidak tahu mekanisme pengurusan negara adalah lebih baik berdiam diri kerana semakin banyak bercakap, maka semakin terserlah kebodohan dan ketidaktahuannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook