Latest News

Saturday 23 January 2016

SEKTOR SWASTA Menaja Pelajar BUKANLAH ISU BARU!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Itu la siapa suruh undi  ... Oleh FB Negara Sabah (screenshot)

SYARIKAT swasta memberi tajaan kepada pelajar-pelajar atau mahasiswa bukanlah isu baru dalam negara ini. Sejak tahun 60-an lagi, syarikat swasta seperti Shell mahupun Esso (kini bertukar kepada Petron) telah pernah memberi tajaan kepada para pelajar atau mahasiswa.

Sebenarnya, tajaan kepada pelajar dan mahasiswa dimulai oleh kerajaan sejak awal kemerdekaan agar supaya ramai rakyat negara ini mendapat pendidikan dan ilmu pengetahuan yang cukup bagi maksud untuk tujuan pembangunan negara.

Perlu diketahui bahawa, tiada syarikat atau kerajaan boleh diurus tanpa modal insan yang berpengetahuan.

Untuk makluman pembaca, mereka yang mempergunakan isu penajaan pelajar atau mahasiswa sebagai isu politik yang sebenarnya kurang bermaklumat atau pengetahuan berkaitan penajaan di negara ini. Sebenarnya, jika disenaraikan terdapat puluhan syarikat swasta sejak sekian lama telah bertindak menaja para pelajar atau mahasiswa baik belajar dalam negara mahupun luar negara. 

Sebagai contoh seperti Malayan Banking Berhad (Maybank), Sime Darby, Petronas, Shell, IOI Group, Hap Seng, UMW dan berbagai syarikat lagi yang memberi penajaan.

Kenyataan salah seorang pembantu Menteri Sabah meminta agar lebih banyak syarikat swasta memberi tajaan kepada para pelajar sebenarnya merupakan tindakan tepat untuk menjamin kesinambungan modal insan yang diperlukan oleh pihak-pihak swasta demi kelangsungan perniagaan mereka.

Apa yang tidak dijelaskan oleh mereka yang mengkritik soal-soal penajaan oleh pihak swasta bahawa setiap ringgit yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat itu diambil kira dalam pembayaran cukai syarikat. Ini bermakna jika tidak memberi tajaan pun, wang sejumlah tajaan akan juga keluar daripada akaun syarikat atas sebab perlu membayar cukai.

Mungkin MP Penampang, Darell Leiking pura-pura tidak tahu atau mahu mengelirukan rakyat bagi tujuan politik di mana penajaan swasta dalam bidang pendidikan disembunyikan. Manakala kenyataan MP itu seolah-olah seluruh penajaan dilakukan oleh kerajaan. Benar?

Tiada dalam dunia ini bahawa pendidikan sepenuhnya ditaja oleh kerajaan melainkan pendidikan itu sendiri merupakan produk daripada kerajaan dan swasta.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook