Latest News

Tuesday 19 January 2016

SEMEMANGNYA DAP Parti Cina

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sama macam UMNO, Salleh... Oleh FB DS Chazy Chaz (screenshot)

WALAUPUN DAP berasaskan perlembagaan yang merupakan parti berbilang kaum, namun pemimpin dan penyokong parti itu adalah kaum Cina. Sejak parti itu ditubuhkan pemimpinnya adalah Lim Kit Siang sehingga kini. Sebenarnya, DAP merupakan serpihan daripada People Action Party (PAP) daripada Singapura kerana keluarnya negara itu daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Selepas Singapura keluar, maka DAP ditubuhkan. Lim Kit Siang merupakan Setiausaha Agung pertama. Parti sosialis seperti DAP, pemimpin yang amat berkuasa adalah Setiausaha Agung.

Dari dahulu sejak penubuhan parti itu, pemimpinnya hampir 100 peratus adalah kaum Cina meskipun kemudiannya ada pemimpin daripada kaum india seperti P. Pato, Karpal Singh dan kemudiannya ada pemimpin daripada kaum Melayu walaupun secara lantikan seperti Zulkifli Mohd Nor daripada Johor. 

Dalam sejarah parti itu, jarang betul pemimpin Melayu menang dalam setiap pemilihan parti dan julung kalinya berlaku apabila Zairil Khir Johari menang (Zairil Khir Johari merupakan anak tiri Tan Sri Khir Johari  yang berketurunan 100% Cina).

Melihat situasi politik semasa dan keghairahan DAP merampas Putrajaya, maka akan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan Melayu agar parti itu mendapat kerusi terbanyak. Maka, dengan itu pemimpinnya boleh dilantik ke jawatan 'Perdana Menteri' atau 'Menteri Besar' bagi negeri-negeri yang beraja. Tindakan DAP itulah yang diberi komen oleh Datuk Seri Salleh Said Keruak dengan menganalog jika parti PAS mencalonkan bangsa lain dan bukan Islam yang tidak menggambarkan bahawa parti itu bukan parti Islam. Demikian juga UMNO, jika mencalonkan calon bukan Islam dan bukan melayu tidak menggambarkan bahawa parti itu bukan parti Melayu. Berasaskan kepada analog itu, maka tindakan DAP mencalon Melayu parti itu tidak boleh melepaskan diri daripada parti Cina kerana dilihat dari segi kepimpinan dan penyokong serta ahli.

Kenyataan Datuk Seri Salleh Said Keruak memang berasaskan fakta sejak berdekad bahawa DAP merupakan parti kaum Cina walaupun dalam perlembagaan parti itu merupakan parti berbilang kaum. Seperti juga parti Gerakan di mana walaupun parti itu parti seperti DAP, dalam BN ianya dikategorikan sebagai parti Cina.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook