Latest News

Monday 18 January 2016

SERANGAN PELAMPAU AGAMA (ISIS)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah berisiko diserang kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein... Oleh FB Jaymie Jaimye (screenshot)

PELAMPAU agama ada di mana-mana dan mereka menyerang tidak terhad lokasinya. Apa yang penting, serangan mereka itu mendapat liputan. Serangan di Paris, Istanbul dan Jakarta adalah salah satu tindakan pengganas pelampau agama.

Kenyataan Menteri Pertahanan Negara, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa Sabah berpotensi untuk serangan seumpama itu memang ada. Ini sebabnya, para pelampau agama ada terdapat di Sabah bersembunyi seperti mana bukti masa lampau bahawa ramai daripada mereka tertangkap semasa sedang beroperasi di Sabah.

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berada di Sabah hanya urusan cari makan. Mereka itu datang semata-mata mencari pekerjaan kerana mudahnya mencari kerja di negeri ini. Cubalah lawat mana-mana projek pembangunan pastinya ramai buruh adalah rakyat asing sama ada yang berdokumen mahupun yang tidak. 

Mereka yang menjadi pelampau agama bukan bermatlamat seperti PATI kerana matlamat mereka itu kononnya adalah semata-mata ingin masuk 'syurga'. Mereka yang terjerat menjadi pelampau agama itu tidak mengenal latar belakang dan ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja yang jiwanya kosong. Sedangkan, agama itu sendiri tidak mengajar sedemikian sama ada melalui ajaran agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain

Jika bercakap berkenaan serangan oleh pelampau agama, ianya bukan mudah dikawal. Ini kerana mereka ini bergerak dalam kumpulan kecil dan sangat berahsia. Hanya melalui kepakaran anti pengganas sahaja yang mana ianya dapat dikawal.  

Melihat kepada jenis letupan yang digunakan oleh pelampau agama itu nampaknya mereka menggunakan jenis bom buatan sendiri yang tidak memberi impak besar kesannya kerana hanya menggunakan serbuk peledak dan paku-pakuan. Meskipun demikian, ianya juga berbahaya kepada masyarakat awam jika berlaku di kompleks-kompleks membeli-belah.

Biasanya, mereka yang terjerat melalui pelampau agama ini bukanlah mereka yang mengalami desakan hidup seperti mana golongan PATI. Sebaliknya, mereka-mereka ini adalah golongan orang yang berdepan dengan kejiwaan yang sangat meruncing. Ini kerana sudah tentu tidak ada manusia yang sanggup membunuh diri jika tidak berdepan dengan masalah jiwa dan mental.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook