Latest News

Friday 8 January 2016

Siapa Doris Jones Berbanding Dato' Sri Anifah Aman?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) CHEAP MINISTER !- Anifah Aman Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SIAPA Doris Jones berbanding Dato' Sri Anifah Aman? Doris Jones hanya seorang pelarian yang menumpang hidup di luar negara dan menjadi tali barut kepada bakal penjajah.  Bagaimana Doris Jones boleh mendapat sumbangan dana daripada bakal penjajah? Sebabnya, dia bersuamikan mat salleh dan orang barat itu dipergunakan oleh bakal penjajah agar supaya berlaku huru-hara di Sabah dan Sarawak. Akhirnya, boleh menjual senjata dan bakal datang ke sini yang kononnya untuk memberi nasihat kepada kerajaan tetapi mempunyai matlamat mahu menguasai ekonomi dua negeri tersebut. 

Sebenarnya, langsung tiada merit mengulas apa-apa kenyataan Doris Jones! Namun, bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada seluruh pembaca alam maya yang tidak tahu kedudukan sebenar, maka perlu satu penjelasan agar supaya pembaca tidak keliru. Maklum sahajalah dengan alam dunia siber ini yang merupakan sumber maklumat yang banyak bercelaru dan tidak pasti kebenarannya.  Apatah lagi ada individu seperti Doris Jones yang membuat perancangan untuk menabur sekian banyak maklumat palsu untuk tujuan mengelirukan rakyat Sabah dan  Sarawak khususnya kepada pengguna laman sosial.

Teguran Menteri Luar Negeri Dato' Sri Anifah Aman agar pihak-pihak tertentu jangan mempergunakan kehilangan MH370 untuk publisiti murahan adalah tepat sekali. Ini kerana ada pihak tertentu mempergunakan tag #MH370 untuk menggamit pelayar siber untuk melayari ruangan mereka yang hanya bertujuan mempromosikan barangan sendiri atau blog-blog tertentu bagi tujuan propaganda murahan.

Mereka yang menggunakan tag #MH370, tidak peka terhadap perasaan keluarga penumpang yang telah kehilangan keluarga tersayang akibat kehilangan pesawat itu. MH370 sebuah boeing 777-200 yang berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac 2014 pada jam 12.30 pagi dan dijangka mendarat di destinasi terakhirnya Beijing pada 6.30 pagi pada hari yang sama. Sehingga kini tidak pernah mendarat dan sebaliknya diisyitiharkan hilang di selatan Lautan Hindu bersama penumpang dan anak-anak kapalnya

Tindakan Doris Jones memperlekeh kenyataan Dato' Sri Anifah  Aman itu sebenarnya tiada nilai kerana tindakan Doris Jones itu bagaikan mencurah air di daun keladi atau mencurahkan garam ke laut. Ertinya, tiada makna langsung! Tindakan Doris Jones bagaikan anjing menyalak bukit yang sampai bila pun bukit itu tetap utuh. Sebaliknya, anjing hanya menunggu mati kerana tidak berjaya dalam tindakannya.

Bagi para pembaca alam siber, anda perlu ingat bahawa sebarang kenyataan daripada Doris Jonessebenarnya tiada apa-apa kebenaran. Hal ini kerana pelarian itu langsung tiada locus standi di negara ini. Sebaliknya, tindakannya hanya untuk mendapatkan dana daripada penyumbang untuk meneruskan kehidupannya di UK.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook