Latest News

Thursday 14 January 2016

Siapa PELINDUNG PATI?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kalau di Semenanjung kena tangkap... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

YANG jelas bukan kerajaan yang melindungi PATI! Sebaliknya, berasaskan rekod mahkamah sesetengah rakyat tempatanlah yang menjadi pelindung!

Kerajaan membelanjakan puluhan juta ringgit bagi memburu, menangkap dan menghantar pulang serta meletakkan  mereka dalam kem tahanan sementara. Malah, kerajaan secara terus-menerus mengadakan operasi. Malangnya, segolongan rakyat tempatan seperti Tulun Sabah tidak memberikan kerjasama dengan memberi bukti yang mana satukah PATI yang berada di tengah-tengah penduduk tempatan?

Tulun Sabah perlu ingat bahawa ada rakyat asing di Sabah yang kononnya dipanggil 'pilak' (bahasa tempatan Sabah) adalah mereka yang memegang Pas IMM 13 yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees) dan  mereka itu memang berasal dari Filipina yang tidak dapat menyebut huruf “Rseperti menyebut “teluR sebaliknya berbunyi “teluL”. Kerajaan tidak dapat menghantar mereka pulang ke negara asal oleh sebab telah mendapat jaminan daripada PBB. Mereka-mereka ini untuk hidup hanya bergantung kepada perniagaan kecil-kecilan atau menjadi nelayan atau buruh kerana mereka tidak dibenarkan bekerja di sektor awam kecuali pada syarikat-syarikat swasta yang memberi pekerjaan kepada mereka.

Kalau bercakap berkaitan kehadiran mereka di kawasan Pasar Kota Kinabalu (dulu dikenali sebagai pasar Filipin), kawasan Sinsuran, kampung Air, Jalan Segama, Jalan Gaya dan sekitarnya kerana itulah halaman mereka sejak tahun 70-an lagi. Mereka ini hanya tinggal di Pulau Gaya, Likas, Inanam atau kawasan sekitarnya. Oleh kerana faktor pekerjaan mereka ini tidak tetap dan tidak dinafikan bahawa generasi kedua dan ketiga mereka merupakan punca gejala sosial di kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya seperti penyalahgunaan dadah, syabu, buli, gam dan sebagainya.

Mereka ini bukan PATI akan tetapi warga asing yang berdokumen Pas IMM 13. Selain mereka-mereka ini yang tidak boleh diserap ke dalam sektor awam dan mereka ini tidak boleh mendaftar sebagai penggundi adalah kerana utamanya mereka bukan warganegara! Sudah tentu! Jika ada dakwaan yang kononnya mereka ini boleh mengundi, dakwaan itu hanya dakwaan biasa. Ini kerana tiada siapa yang pernah membuktikan bahawa mereka ini mendaftar atau mengundi semasa pilihan raya.  

Apakah pemberi komen melalui facebook Tulun Sabah pernah menangkap golongan mereka ini dan pernah mengundi atau berdaftar dalam daftar pengundi? Sudah tentu jawapannya tiada kerana memang pun perkara itu tidak pernah berlaku!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook