Latest News

Tuesday 12 January 2016

SOAL PARTI DAN SUKU KAUM BANGSA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KENALI BARISAN PEMIMPIN BANGSA MELAYU RANAU... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

MENGAPAKAH wujudnya bangsa Melayu? Jika wujudnya Bahasa Melayu itu, maka sememangnya wujud juga bangsa tersebut! Nusantara ini merupakan Kepulauan Melayu yang meliputi Filipina, Indonesia, Malaya dan sebahagian dari Kemboja yang merupakan gugusan Kepulauan Melayu. Walaupun 'bangsa Melayu' yang seringkali diguna pakai kepada mereka yang bertutur menggunakan Bahasa Melayu dan beragama Islam, namun begitu, ia tidak digunakan dalam sesebuah organisasi seperti Parti UMNO. Ini kerana UMNO bukan sahaja dianggotai oleh ahli-ahli yang berbangsa Melayu, beragama Islam dan berbahasa Melayu, tetapi ia juga dianggotai oleh masyarakat pelbagai bangsa seperti masyarakat Siam di Kedah, Perlis dan Kelantan di mana mereka ini kebanyakannya tidak beragama Islam. Demikian juga di Sabah, masyarakat yang berbangsa Kadazan, Dusun, Murut, Rungus (KDMR) yang menjadi anggota parti UMNO adalah tidak semestinya beragama Islam. 

Apa yang menyebabkan kumpulan KDMR diterima sebagai anggota Umno adalah kerana ianya merupakan sub-etnik yang berada dalam kepulauan Melayu. Menjadi ahli anggota parti Umno tidak menghilangkan sub-etnik seseorang ahli itu kerana ianya diguna pakai sebagai pengertian 'Melayu' dalam definisi yang luas. Malangnya, hanya kumpulan suku bangsa di Semenanjung yang beragama Islam dan bertutur Melayu menjadikannya 'bangsa' tetapi ia tidak dijadikan sebagai satu bangsa di Indonesia seperti Jawa, Sunda, Bugis, Aceh, Batak dan sebagainya. Demikian juga di Filipina, tiada yang mengiktiraf Melayu sebagai bangsa.

Parti merupakan wadah perjuangan politik dan bukan wadah memperjuangkan agama dan bangsa berikutan kedua-dua perkara ini tidak perlu lagi diperjuangkan. Ini kerana perkara berkenaan agama dan bangsa telah ditetapkan sejak azali lagi. Melalui parti politik, perkara yang harus diperjuangkan adalah kemajuan sesebuah negeri yang meliputi berbagai bangsa dan agama. Parti politik diperlukan sebagai asas perjuangan kerana pemerintahan dikuasai oleh parti politik.

Jika ada sesiapa yang menyindir para ahli Umno daripada KDMR, maka mereka itu mempersempitkan pengertian tujuan perjuangan sesebuah parti. Mereka melihat sesebuah parti hanyalah sebagai platform untuk memperjuangkan bangsa dan agama. Bagi mereka yang memahami sesebuah parti sebenarnya tidak perlu mengira latar belakang asalkan sesuai dengan perlembagaan parti itu dan ahli itu menerima apa yang tertulis dalam perlembagaan dan bukan dijadikan sebagai persatuan untuk memperjuangkan kepada bangsa dan agama.

Mereka yang memakai 'songkok' tidak semestinya menggambarkan keagamaan kerana songkok hanya merupakan sebahagian daripada pakaian. Demikian juga memakai 'baju Melayu' tidak menghilangkan identiti sesuatu sub-etnik itu. Ini sama seperti jika kita memakai baju kot tidak menjadikan kita sebagai orang putih yang hanya kerana kot merupakan pakaian mereka. Benar, bukan?

Oleh sebab itu, sila jangan buat kesimpulan hanya kerana ramai ahli Umno daripada KDMR. Itu tidak bermakna mereka yang bukan ahli boleh menyindir saudara mereka dan menyuruh mereka untuk ikut dalam parti seperti Parti Reformasi Negeri (STAR) yang mana parti itu sering menggunakan cogan kata "hidup malu, mati tak mahu".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook