Latest News

Tuesday 19 January 2016

TUNTUTAN HARGA DI PITAS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah Sarawak Union (UK) -Tuntutan harga getah di Pitas, Sabah... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Tiada guna punya wakil rakyat di Sabah... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SEPATUTNYA, penyokong SAPP dan STAR tanya kepada pemimpin mereka Datuk Seri Yong Teck Lee semasa memegang jawatan ketua menteri apa yang dia telah lakukan terhadap kebun getah milik orang kampung? Dan penyokong STAR, tanya Datuk Jeffrey Kitingan apa yang telah dia lakukan terhadap kebun getah milik orang kampung?

Harga getah, seperti komoditi lain bergantung kepada permintaan dan penawaran. Pada masa lalu, harga getah tinggi berikutan bekalan kurang sementara permintaannya adalah tinggi. Kini, kebun-kebun getah telah menjadi ladang milik orang kaya kerana kelonggaran yang diberikan oleh Yong semasa menjadi ketua menteri dan pemilikan kebun-kebun getah semasa Datuk Jeffrey Kitingan menjadi individu yang paling berkuasa sewaktu pemerintahan PBS.

Oleh kerana pengeluaran getah tinggi di mana pengeluarannya dikawal oleh pekebun-pekebun besar dan berlawanan dengan permintaan rendah, maka menyebabkan harga turun. Perlu diketahui bahawa bukan sahaja Malaysia sebagai pengeluar getah sebaliknya negara Indonesia dan Thailand juga merupakan pengeluar getah.

Getah merupakan komoditi eksport. Oleh sebab itu, harga akan bergantung kepada pasaran dunia. Di Malaysia, oleh kerana ramai rakyat bergantung kepada kebun getah untuk mendapatkan pendapatan, maka satu mekanisme pemasaran diwujudkan di mana negara memberikan harga insentif di atas harga pasaran agar supaya pekebun dapat terus menoreh getah. Galakan demikian agar negara mempunyai stok getah untuk dieksport bagi maksud mendapat pertukaran wang asing khususnya dolar Amerika. 

Ekspot getah Malaysia berasaskan kepada harga semasa dan harga insentif sebenarnya dalam keadaan rugi. Namun, negara mendapat pulangan daripada segi mata wang asing yang boleh membantu pengukuhan nilai ringgit.

Perlu dilihat bahawa penyokong SAPP dan STAR mendesak agar supaya kerajaan membayar tinggi harga getah adalah untuk menyelamatkan pekebun besar kerana pekebun besar tidak mendapat harga insentif melainkan bayaran itu hanya diberikan kepada pekebun-pekebun kecil. Wahai warga Pembaca! Anda nampak sekarang maksud tersirat yang sebenarnya penyokong SAPP dan STAR itu?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook