Latest News

Monday 4 January 2016

Umno/Bn Ditolak Di Semenanjung Sebanyak 69%?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Di semenanjung anggaran 69% menolak parti... Oleh FB Pembongkaran Penupiuan BN UMNO (screenshot)

JIKA dilihat pada keputusan PRU-13 lalu, memang Bn kehilangan undi popular tetapi dalam jumlah kerusi masih menguasai 133 kerusi Dewan Rakyat dan masih menguasai 10 negeri. Sebaliknya, bukanlah Umno yang kehilangan sokongan kerana parti terbesar dalam negara itu menambah 9 kerusi berbanding PRU-12 iaitu daripada 79 kepada 88 kerusi. Manakala di peringkat Dun pula mampu menambah kerusi di negeri Kedah dan Perak sehingga mampu merampas kedua-dua negeri itu daripada penguasaan parti pembangkang.


Memang telah menjadi trend di seluruh negara, mereka yang bukan tergolong kepada Melayu/Bumiputera telah menolak Bn bermula sejak tahun 2008 lagi. Pada PRU-13 yang lalu, ada segelintir golongan Bumiputera yang bukan Islam mula menolak Bn yang menyebabkan parti pembangkang dapat menambah kerusi di Sabah dan Sarawak.


Bagi golongan kaum Melayu dan sebahagian kaum Bumiputera, masih lagi bersandar kepada parti-parti Bn dan Umno. Ini kerana telah terbukti sejak negara merdeka lagi, parti-parti yang mewakili Bumiputera/Melayu, memang telah membela golongan tersebut. Selain itu, teras kepada perjuangan parti-parti itu adalah membela kaum Melayu/Bumiputera agar setanding dengan suku kaum bangsa yang lebih maju. Di Sabah dan Sarawak, ada kawasan Bumiputera yang telah berjaya dimenangi oleh parti pembangkang. Ini berikutan kawasan tersebut telah maju sehingga penduduknya tidak lagi memerlukan pembelaan kerajaan atau parti-parti yang berasaskan Bumiputera atas alasan mereka sudah mampu berdikari serta juga kerana perjuangan dan pembelaan parti-parti yang telah bergabung dalam Barisan Nasional. 


Parti-parti komponen Bn khususnya yang mewakili Bumiputera/Melayu, kini sedar dan telah mengambil iktibar bahawa tidak selamanya pembelaan dan perjuangan parti-parti itu dihargai. Ini kerana apabila sesuatu kumpulan itu telah maju, biasanya mereka lupa dan alpa asal usul mereka seperti diibaratkan "kacang lupakan kulit". Ini sehingga boleh menyebabkan tindakan mereka mampu dimanipulasi oleh musuh parti-parti kerajaan seperti DAP dan PKR. Penyebabnya, mengapa mereka-mereka ini mampu dipengaruhi? Kerana tiada asas perjuangan yang kental untuk membela golongan mereka sendiri akan tetapi lebih fokus kepada kepentingan peribadi orang lain yang kononnya tampak ada kebenaran sejati. Lihat sahaja bagaimana Anwar Ibrahim yang menempah nama dalam Umno sendiri akhirnya telah menjadi musuh Umno! Ini sudah tentulah kerana kepentingan peribadi yang teringin sangat untuk menjadi Perdana Menteri.


Di Sabah, sebagai contoh YB Darell Leiking ayahnya mendapat segala-galanya daripada parti-parti Bn demikian juga Datuk Dr. Jeffrey Kitingan serta Datuk Seri Haji Lajim Ukin. Namun, menjadi musuh Bn hanya kerana kepentingan peribadi.


Secara keseluruhan, golongan Bumiputera/Melayu masih menyokong Bn kerana golongan itu masih yakin bahawa hanya parti-parti yang mewakili mereka akan membela mereka. Apatah lagi pada bulan November 2015 yang lalu semasa persidangan DUN Pulau Pinang, wakil rakyat yang mewakili PKR menangis tersedu-sedan hanya kerana untuk merayu kepimpinan bukan Bumiputera/Melayu agar memberikan peruntukan untuk kawasan yang diwakilinya yang berpenduduk majoriti kaum Melayu.


Para Bumiputera/Melayu perlu mengambil iktibar kejadian yang berlaku di DUN Pulau Pinang itu bahawa jika bukan lagi Bumiputera/Melayu menguasai negara ini, maka kaum terbesar itu akan terpaksa melutut untuk memohon bantuan. Sejak negara merdeka, belum pernah berlaku seorang wakil rakyat perlu menangis untuk memohon peruntukan kerana pembangunan bagi kawasan yang diwakilinya terus diketepikan meskipun partinya bersama-sama membentuk kerajaan negeri.


Janganlah terpengaruh kerana mendengar "guruh di langit, air tempayan dicurahkan" kerana tidak semestinya sungguh kuat bunyi guruh itu pastinya menjadi hujan. Inilah yang berlaku di kawasan-kawasan Bumiputera yang menolak parti-parti Bn di mana kerajaan tidak dapat menjalankan pembelaan kerana bukan lagi diwakili oleh parti-parti Bn.


Pada PRU-14 akan datang, majori kaum Bumiputera/Melayu masih menyokong parti-parti komponen Bn meskipun parti-parti yang mewakili bukan Bumiputera/Melayu tidak mendapat sokongan daripada suku yang diwakili parti-parti itu. Ini sebab utamanya suku-suku itu mahukan DAP sebagai tunjang kerajaan di negara ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook