Latest News

Wednesday 27 January 2016

VAPE Membahayakan Kesihatan! APA HUBUNGAN DENGAN WARGA ASING?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Malangnya puak pemerintah Sabah sibuk pasal usulkan pengharaman Vape... Oleh FB DS Chazy Chaz (screenshot)
(ii) Kanser Sabah adalah PTI... Oleh FB DS Chazy Chaz (screenshot)

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melarang penggunaan vape oleh kerana berkaitan dan menjejaskan kesihatan. Penggunaan vape adalah jauh lebih bahaya berbanding menghisap rokok kerana kadar nikotin yang digunakan dalam vape adalah beratus kali ganda berbanding dengan rokok. Pengguna tidak menyedari bahawa jumlah nikotin yang tinggi dan langsung akan boleh menyebabkan organ tubuh kaku secara boleh membawa kematian mengejut sekiranya si pengguna mempunyai masalah badan, penyakit kronik mahupun organ badan yang tidak sihat sepenuhnya.

Selain itu, pengguna vape menjadikan asap sebagai 'mainan' sehingga boleh menganggu orang lain. Lihat sahaja pengguna vape, mereka mengeluarkan asap semacam luas kawasan yang terbakar. Asap yang berkepul-kepul akan menganggu orang lain terutama penghidap asma atau pernafasan walaupun ianya berbau wangi.

Selain itu, vape juga telah disalah guna sebagai media baru bagi menghisap dadah oleh kerana telah didapati ramuan cecair yang dijual mengandungi sedikit campuran dadah seperti morfin atau heroin.

Jika kerajaan tidak bertindak awal dengan membiarkan vape sebagai alat pengganti rokok yang dikhuatirkan penagih dadah, maka semakin 'membiak' penjual yang tamak akan mempergunakan pengguna vape sebagai pelanggan tetap.

Manakala warga asing yang berdokumen, ertinya kedatangan mereka adalah sah bagi memenuhi urusan perniagaan atau sebagai pelancong mahupun sebagai pelajar ataupun sebagai majikan. Memang sebahagian warga asing itu ada yang tidak berdokumen, khususnya pencari pekerjaan daripada warga Filipina dan Indonesia.  

Jika rakyat Sabah berganding bahu membendung warga asing yang tidak berdokumen, sudah pasti masalah itu dapat diatasi dan diselesaikan saksamanya. Malangnya, hanya kerajaan yang bersungguh-sungguh membasmi warga asing tanpa dokumen dan ramai rakyat tempatan pula menjadi pelindung khususnya mereka yang berkecimpung dalam sektor pembinaan, peladangan dan perikanan. Ini adalah fakta benar dan kita boleh melihat sendiri keadaan yang sedang berlaku sehingga pada hari ini.

Pemilik facebook tersebut adalah dicabar untuk membantu kerajaan mengatasi pendatang asing tanpa izin (PATI). Sebagai rakyat yang prihatin, sewajibnya perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati ada warga asing yang dilindungi walaupun oleh rakyat Sabah sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook