Latest News

Thursday 7 January 2016

Yang Mengeluarkan Kad Pengenalan Adalah Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  PENDATANG TANPA IZIN DI SABAH... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

TIADA mana-mana pihak yang boleh mengeluarkan kad pengenalan melainkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Demikian juga yang mengetahui berapa jumlah kad pengenalan yang diproses and senarainya. Hanya Jabatan Pendaftaran Negara sahaja yang mengetahui. Perlu diketahui bahawa jumlah yang diproses dan siapakah mereka juga hanya pengetahuan Jabatan Pendaftaran Negara. Ianya merupakan rahsia jabatan dan kerajaan. kad pengenalan yang sudah diproses and siap untuk diserahkan, tiada siapa yang mengetahui melainkan hanya Jabatan Pendaftaran Negara sahaja. 

Dengan sebab itu, apabila seseorang yang memohon kad pengenalan, pertama perlu mempunyai resit permohonan yang diberi nombor siri. Kemudian, apabila ingin mengetahui apakah permohonan sudah diluluskan, maka perlu menyerahkan resit permohonan itu kepada JPN. Setelah siap diproses, maka kad pengenalan baru itu akan diserahkan dan jika belum akan diminta menunggu untuk tempoh masa yang tidak disebutkan.

Untuk Sabah sahaja bagi memohon kad pengenalan hanya dibenarkan menggunakan surat akuan bersumpah atau pengesahan Ketua-Ketua Daerah atau Ketua-Ketua Kampung bagi menggantikan surat beranak/surat kelahiran. Hal ini kerana kaedah itu atas adalah perminataan kerajaan negeri sejak tahun 1973. Namun, kaedah itu telah dimansuhkan pada tahun 1984 (surat pemansuhan disahkan oleh RCI Pati Sabah). Ada yang mendakwa kaedah itu telah disalahgunakan kuasanya sekitar tahun 1991 bagi tujuan memberi kad pengenalan kepada warga asing yang kononnya bagi menambah undi bagi menyokong UMNO. Walhal, UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1991. Namun, pada PRN Sabah tahun 1994, UMNO bersama komponen BN yang lainnya kalah dalam pilihan raya tersebut. 

Jika benar bahawa ada penambahan undi untuk kepentingan Umno, maka sudah pasti parti itu bersama rakan komponennya menang pada PRN Sabah tahun 1994. Sebagai tambahan juga, sudah pasti akan ada pertambahan undi yang ketara kepada daftar undi itu di dalam senarai SPR. 

Satu persoalaan besar timbul bagaimana kaedah itu disalahgunakan sedangkan kaedah itu telah dimansuhkan pada tahun 1984, yakni permohonan kad pengenalan menggunakan surat akuan bersumpah dan pengesahan ketua-ketua kampung tidak lagi diterima. Selepas tahun 1984, kaedah permohonan hanya melalui keputusan mahkamah sahaja dan bagi mereka yang tiada surat beranak/surat kelahiran. Maka boleh memohon kad pengenalan biru iaitu kad pengenalan warganegara Malasyia. 

Sebagai maklumat tambahan, jumlah pengundi yang terdapat di dalam senarai undi tidak bertambah dengan tanda-tanda yang mencurigakan. Melainkan daftar pengundi Sabah yang mana adalah sesuai dengan trend pertambahan penduduk secara alami.

Dakwaan bekas Ketua Daerah Sandakan dan seorang wanita itu hanya dakwaan politik yang tidak pernah ada bukti! Malah, semasa siasatan RCI (Pati) Sabah, dakwaan itu didapati sebagai dakwaan bohong dan fitnah semata-mata yang tiada asas sama sekalipun. Dakwaan mereka kononnya ribuan kad pengenalan biru tidak dituntut adalah merupakan dakwaan spekulasi. Hal ini kerana dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara, angka 800,000 kad pengenalan yang tidak dikutip tidak pernah berlaku! Apatah lagi untuk Sabah! Malah, secara keseluruhan dalam negara pun, angka seumpama itu telah wujud.

Bagi isu kad pengenalan biru yang kononnya diberikan kepada warga asing memang ada. Akan tetapi kad pengenalan itu adalah palsu dan tidak terdapat dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.

Apabila seseorang didapati mempunyai kad pengenalan seumpama itu, maka akan dimusnahkan dan sekaligus pemiliknya juga dipenjarakan dan seterusnya dihantar pulang ke negara asal kelak. RCI (Pati) Sabah menemukan bahawa pengeluaran kad pengenalan palsu adalah tindakan sindiket yang bermotifkan kewangan semata-mata. Tetapi, apa yang pasti pemegang kad pengenalan palsu tidak boleh menjadi pengundi kerana sememangnya tidak boleh mendaftar sebagai pengundi. Atas alasan itu, mereka bukan sebahagian daripada yang menentukan kemenangan dalam pilihan raya di Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook