Latest News

Tuesday 12 January 2016

Yang Rompak Harta Sabah Adalah British

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bersyukur hanya kepada satu jalanraya... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MENGAPA dikatakan British yang merompak harta Sabah? Sebabnya, British adalah penjajah! Sifat penjajah adalah menjadikan harta daripada jajahannya sebagai miliknya termasuklah penduduk sesuatu wilayah itu atau negeri mahupun negara. Selain itu, penduduk atau rakyat sesebuah wilayah yang dijajah itu langsung tidak ada kuasa atau tidak terlibat bagi menentukan corak atau hala tuju wilayah jajahan. Malah, rakyat yang diambil sebagai pekerja atau kakitangan dikategorikan sebagai hamba abdi!

Walaupun Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, namun pemerintahan Sabah dipegang oleh rakyat Sabah sendiri. Persekutuan Malaysia adalah sebuah negara maka atas sebab itu mempunyai obligasi terhadap sesebuah wilayah yang termasuk dalam wilayahnya dalam soal-soal keselamatan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan yang mencakupi kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya.

Kerajaan hanya mendapat pendapatan melalui percukaian dan dividen daripada syarikat-syarikat kerajaan yang ditubuhkan. Tiada lagi cara kerajaan mendapat pendapatan kecuali hanya melalui cara demikian. 

Di Sabah, kuasa terhadap tanah, hutan dan hasil masyhul negeri adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Demikian juga cari gali minyak yang hanya disebabkan industri minyak merupakan industri padat modal, maka  pada tahun 1974 ditubuhkan satu syarikat yang dinamakan Petronas untuk menerokai industri minyak. Modal kepada Petronas adalah daripada persekutuan. Untuk Petronas dapat bergerak maju, maka dipersetujui satu bayaran tunai berasaskan harga jualan kasar setiap liter minyak yang dihasilkan. Ianya meliputi seluruh negeri di mana minyak yang didapati adalah daripada Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Seperti disebutkan bahawa pendapatan kerajaan melalui percukaian, di Sabah pada awal kemerdekaan tidak banyak syarikat yang membayar cukai yang besar kepada kerajaan. Hanya selepas tahun 80-an, baru ada syarikat-syarikat perladangan kelapa sawit yang menjadi pembayar cukai kepada kerajaan disamping cukai kenderaan yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia

Sebagai pengetahuan Doris Jones, JPJ hanya mengambil peranan percukaian kenderaan di Sabah pada tahun 1984. Sebelum itu, percukaian kenderaan ditangani sendiri oleh kerajaan negeri. Namanya juga cukai jalan, maka pungutan cukai itu hendaklah digunakan untuk membina jalan. Oleh kerana jumlah kenderaan di Sabah tidaklah mencukupi untuk maksud pembinaan jalan raya, maka kerajaan negeri menyerahkan urusan percukaian kenderaan kepada JPJ persekutuan. 

Sebenarnya, hasil Sabah sebelum tahun 2003 hanya berkisar pada angka RM1 hingga 2 bilion setahun dan  penyumbang kepada kutipan itu adalah majoriti daripada penjualan balak. Selepas balak tidak lagi menjadi penyumbang utama kepada pendapatan Sabah, maka percukaian mengambil alih sebagai penyumbang kepada pendapatan negeri. Berkembangnya perladangan kelapa sawit serta pulihnya nilai harga komoditi menyebabkan pendapatan negeri meningkat sehingga RM4 bilion setahun. Dalam setiap bajet Sabah, tidak pernah disebutkan bahawa ada pendapatan Sabah diambil oleh persekutuan atau mana-mana data statistik yang merekodkan bahawa ada harta Sabah diambil oleh persekutuan. Apa yang ada hanyalah persekutuan menyalurkan peruntukan ratusan juta kepada Sabah. Bagaimana Doris Jones dan rakan-rakannya boleh mendakwa bahawa harta Sabah dirompak? Harta yang mana satu?

Seperti disebutkan sebelumnya bahawa pembinaan jalan raya adalah sebahagian besar sumbangan pungutan cukai jalan. Oleh kerana jumlah kenderaan di Sabah tidaklah mencukupi sangat bagi maksud pembinaan lebuh raya. Oleh sebab itu, Sabah hanya ada jalan perhubungan atau jalan protokol. Keadaan ini adalah juga sama di Semenanjung sehingga tahun 2000. Hal ini kerana lebuh raya berbayar iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) hanya beroperasi bermula tahun tersebut. Di Semenanjung kini telah banyak lebuh raya dibina. Akan tetapi lebuh raya berbayar bukannya percuma!

Pada hakikatnya, tiada bukti atau fakta yang menunjukkan bahawa harta Sabah dirompak atau diambil oleh persekutuan. Apa yang ada seperti catatan sejarah lampau adalah harta Sabah dirompak oleh British selama lebih 100 tahun. Ini yang peliknya, mengapa Doris Jones masih berkiblat kepada British?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook