Latest News

Saturday 13 February 2016

1.5 JUTA Buruh Bangladesh HANYA DI SEMENANJUNG!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kalau ambil 1,500 pekerja mahir asing boleh diterima lagi... Oleh FB Jaime Jaymie (screenshot)

SISTEM buruh di Malaysia di bawah tanggungjawab  Jabatan Tenaga Kerja. Jabatan ini melaporkan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri mengenai keperluan industri.

Industri perladangan, pembinaan mahupun tanaman memerlukan tenaga buruh yang amat banyak. Memang ramai rakyat Malaysia yang dikategorikan dalam tenaga buruh akan tetapi mereka itu tidak ingin menjadi buruh atau dikategorikan sebagai buruh tetap. Buruh yang dimaksudkan adalah bekerja yang menggunakan tenaga empat kerat seperti seorang kuli.

Tahukah anda, banyaknya projek pembinaan terbengkalai kerana kekurangan tenaga buruh. Untuk rekod, satu projek pembinaan sekurang-kurangnya memerlukan 700 buruh. Cuba bayangkan berapa banyak projek pembinaan di negara ini! Demikian juga syarikat perladangan atau tanaman yang memerlukan ratusan buruh.

Mengapa sektor pembinaan tidak gemar mengambil buruh tempatan sebagai buruh? Faktor utama yang diberikan adalah mereka tidak mahir, ketaksanggupan yang tidak tinggi dan dilaporkan melalui statistik adalah kerap ponteng.  Menurut mereka yang berkecimpung dalam sektor pembinaan, buruh tempatan akan hilang beberapa hari sebaik sahaja mendapat gaji. Selain itu, mereka juga agak degil termasuk tidak patuh bagi mengikuti sebarang peraturan yang dibuat. Ini fakta dan kebenaran!

Cubalah buat kajian sendiri apakah masalah yang didepani syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga buruh. Pasti mereka akan menyatakan perkara yang teruk berkaitan dengan buruh tempatan.

Syarikat-syarikat pembinaan bukannya tidak mahu untuk menawarkan kerja kepada buruh tempatan, akan tetapi syarikat-syarikat berdepan dengan masalahnya berbanding dengan kebaikan. Walaubagaimanapun, tidak kesemuanya buruh tempatan mempunyai tingkah laku atau disiplin yang rendah.

Sebenarnya, tidak ada kerajaan atau mana-mana negara yang mengutamakan tenaga asing berbanding dengan rakyatnya. Malangnya, bagi sektor perburuhan kerajaan tiada pilihan dan terpaksa mematuhi permintaan syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga buruh secara optimum dan segera.

Perlu diingat bahawa buruh asing bukannya percuma tetapi setiap syarikat perlu membayar 'bayaran levi' kepada kerajaan. Meskipun demikian, mereka masih memilih membayar levi kerana melalui tenaga buruh asing, jadual penyiapan projek mereka akan mengikut jadual dan tidak terbengkalai.

Syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga buruh telah membuat kajian di mana adalah menguntungkan membuka peluang pekerjaan kepada buruh asing walaupun  perlu membayar levi. Hal ini kerana setiap kelewatan projek mereka akan menyebabkan kerugian yang besar.

Janganlah mempolitikkan tenaga buruh asing kerana kemasukan mereka sebenarnya membantu pembangunan negara.

Satu persoalannya, mengapa kerajaan memilih buruh Bangladesh? Sebabnya, pihak industri telah mengakui bahawa buruh daripada Bangladesh mudah diatur dan lebih patuh kepada peraturan. Lagipun, kemasukan mereka itu adalah melalui 'G to G' sehingga memudahkan kerajaan dari segi pemantauan dan pengurusan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook