Latest News

Wednesday 10 February 2016

KENYATAAN JAINAB: ADUAN Apakah Yang Kamu Buat Tulun Sabah?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Banyak aduan yang di buat oleh rakyat tapi dibuang ke tong sampah,,, Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

KALAU aduan mengarut, mungkin ada. Sebab itu dibuang ke dalam tong sampah. Sampah tempatnya adalah di dalam tong sampah.

Jika melihat apa yang Tulun Sabah war-warkan melalui media sosial, hampir kesemuanya sampah! AFS kerap memberi komen dan penjelasan berkaitan apa yang ditulis oleh Tulun Sabah agar supaya dia sedar bahawa apa yang ditulisnya adalah langsung tidak bernilai. Malangnya, dia tidak sedar-sedar juga! Ketidaksedaran dia kini diketahui bahawa dia menggunakan nama palsu dan berdepan dengan masalah jiwa atau mental! Maka, atas sebab itu tegar menulis benda-benda yang karut-marut.

Datuk Jainab Ahmad Ayid memberi peluang kepada rakyat mengadu apa yang didepani oleh mereka secara real dan bukannya aduan yang bersifat khayalan. Aduan rakyat yang merupakan di bidang kuasa kerajaan, maka diambil tindakan! Namun, aduan rakyat yang bukan di bidang kuasa kerajaan, maka rakyat perlu mempergunakan kebijaksanaan sendiri. Sebagai contoh bagi keadaan yang bukan di bidang kuasa kerajaan adalah kenaikan 'harga barang bukan kawalan'. Berdepan dengan keadaan ini, kerajaan hanya boleh menasihatkan agar rakyat bijak memilih.

Di negara ini, sistem pemerintahan berasaskan kepada demokrasi berparlimen, maka setiap rakyat mempunyai hak membantah, merungut atau membuat aduan. Namun, semuanya terletak kepada undang-undang yang sedia ada. Jika aduan tidak masuk akal seperti yang kerap dilakukan oleh Tulun Sabah, maka sememangnya aduan-aduan seumpama itu wajib dimasukkan ke dalam tong sampah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook