Latest News

Monday 1 February 2016

APA 'Sumbangan' Jeffrey Yang Perlu Pairin Ikuti???

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Gunsamang om guntalou. Tambahan Jangan cakap negeri2 di sabah lah... Oleh FB Fred Rick Jns (screenshot)

SEMASA Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah, Dr. Jeffrey diberi amanah dan tanggungjawab oleh abangnya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah dan CEO Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB). Oleh kerana kerakusan Jeffrey, maka isu penyalahgunaan di kedua-dua GLC itu menjadi bahan untuk menghentam kerajaan pimpinan Pairin.

Pada masa itu, kayu balak kawasan milik Yayasan Sabah ditebang secara besar-besaran tanpa kawalan sehingga yayasan itu hampir muflis.

Jeffrey semasa pemerintahan PBS merupakan seseorang yang “untouchable” malah berperanan sebagai “godfather”. Wakil-wakil rakyat terpaksa melutut hanya sekadar mahu berjumpa. Akibat kerakusan Jeffrey, bukan sahaja tanah-tanah Sabah menjadi persendirian, malah dijual kepada pihak-pihak luar termasuk di mana kawasan Sutera Harbour Resort dibina.

Selepas beberapa pemimpin PBS mendesak Pairin agar memberi perhatian kepada tindak-tanduk adiknya itu, maka Jeffrey memilih meninggalkan PBS dan menyertai BN kemudian dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri. Apabila bertanding atas tiket BN telah kalah di Parlimen Kota Marudu. Akhirnya, Jeffrey keluar BN dan menyertai parti pembangkang PKR.

Oleh kerana sifat Jeffrey yang hanya mahu jadi ketua, maka terpaksa melompat dari satu parti kepada parti yang lain sehingga kini menjadi Pengerusi STAR Sabah.

Tiada yang perlu dicontohi melalui perjuangan Jeffrey iaitu seorang bekas tahanan ISA yang hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri.


Berkaitan dengan pembangunan daerah Tambunan yang diwakili Pairin sejak tahun 1976, sebenarnya keperluan asas bagi kawasan itu telah dipenuhi kecuali hanya tidak menjadi sebuah bandar dan mengekalkan sebagai pekan. Hal ini kerana aktiviti ekonomi bagi kawasan pedalaman tertumpu di Keningau di mana Pairin juga merupakan wakil rakyat sejak PBS memerintah Sabah.

Kepada mereka yang memperlekehkan Pairin, sebenarnya mereka itu adalah yang tidak mengikuti perjuangan Huguan Siou KDMR. Pairin adalah seorang nasionalis tulin yang berjuang untuk negara!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook