Latest News

Monday 1 February 2016

Bahagian Umno Sabah Menduduki 'Tangga Kedua' Selepas Johor

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Muka-muka racun Sabahan Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(ii) Apa fungsi UMNO di Sabah Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

SABAH menduduki tangga kedua dari segi jumlah bahagian-bahagian UMNO selepas Johor. Dalam segi keahlian pula, Sabah menduduki kedudukan pertama apabila mempunyai lebih 500 ribu keahlian.

Adalah wajar bahawa negeri yang mempunyai keahlian terbanyak mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri yang juga presiden parti kerana pemimpin-pemimpin Sabah mengamalkan ''ADA BUDI, ADA BALAS!''. 

Mengapa mereka yang tidak suka dan membenci Datuk Seri Musa Aman dan UMNO sangat terpukul apabila melihat para pemimpin UMNO Sabah begitu akrab dengan Presiden? Sebabnya, mereka dapat mengagak bahawa bantuan sewajarnya bakal diberikan untuk membela para ahli dan rakyat amnya. Untuk itu, mereka yang membangkang itu langsung tiada peluang mendapat sokongan rakyat.

Gambar pertemuan seluruh Ketua Bahagian UMNO Sabah dengan Presiden (kecuali satu bahagian) menggambarkan bahawa Dato' Seri Najib Razak mendapat sokongan padu daripada UMNO Sabah di bawah kepimpinan  Datuk Seri Musa Aman.

Adalah satu sokongan moral yang amat besar jika seorang Perdana Menteri yang diserang habis-habisan tetapi mendapat sokongan padu daripada negeri yang mempunyai keahilan teramai. Dalam demokrasi, pemimpin yang mendapat sokongan majoriti adalah pemenangnya!

Page Remove Musa Remove UMNO menggambarkan bahawa para Ketua Bahagian UMNO merupakan racun rakyat Sabah kerana mereka cemburu terhadap sokongan rakyat yang diberikan kepada Ketua-Ketua Bahagian yang juga pemimpin Sabah. Majoriti rakyat Sabah menganggap perjuangan para ketua bahagian itu merupakan madu yang menyegarkan. Hanya madu yang manis sahaja yang dikerumuni, bukan racun yang membunuh.

Melihat keakraban antara pemimpin Sabah dan Perdana Menteri membawa erti bahawa para pemimpin itu memberikan madu kepada rakyat majoriti dan bukannya memberi racun atau benda-benda lain yang boleh membunuh. 

Kempen dan propaganda page itu tidak akan mampu mempengaruhi rakyat majoriti Sabah. Dan terbukti bahawa mereka yang LIKE hanya sejumlah yang itu-itu sahaja sejak page itu beroperasi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook