TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:(i) INI CERITA SEORANG ANGKUH... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)
(ii)Macam sial juga kenyataan si anak pakistan ni... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
TIDAK pernah Datuk Seri Musa Aman berkata atau membuat kenyataan seperti caption itu di mana-mana sahaja yang berkesempatan, baik perjumpaan tertutup mahupun terbuka.
Pemilik facebook itu membuat fitnah dan bohong dengan mereka sendiri kata-kata tersebut dengan agenda fitnah agar supaya pembaca terpengaruh dan membenci kerajaan pimpinan Datuk Seri Musa Aman.
Sudah menjadi amalan semua Ketua Menteri (KM) atau Menteri Besar (MB) di negara ini tidak mencampuri urusan negeri masing-masing dan sudah menjadi amalan sejak sekian lama yakni tidak memberi komen berkaitan kedudukan KM/MB daripada parti Barisan Nasional (BN). Adalah kecuali apabila di negeri-negeri yang mempunyai KM/MB yang bukan daripada parti BN.
Tiada sesiapa yang membandingkan antara Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Menteri Sabah. Jika mereka itu penyokong Barisan Nasional (BN), mereka yang membandingkan adalah pasti daripada penyokong pembangkang. Apabila terbaca komen seperti dalam caption itu, ianya menunjukkan daripada pembangkang kerana tugas pembangkang ini adalah tegar untuk menabur fitnah dan cerita bohong. Ya! cerita bohong dan fitnah! Ini kerana pembangkang hanya seperti sebuah 'tin kosong' yang hanya boleh berjanji bulan dan bintang kerana mereka tidak akan dapat membantu atau membela rakyat. Pembangkang hanya memberikan rakyat cerita palsu dan bohong kerana pembangkang mahu mereka yang terpengaruh yang juga sebahagian daripada pembohong dan pemfitnah.
Pemilik page itu adalah penyokong pembangkang yang tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya menjadi 'keyword warrior' tanpa sempadan kerana dengan cara itu tidak memerlukan kos dan hanya menggunakan hujung jari bagi membuat berbagai cerita karut. Sungguh menyedihkan!
Cerita seumpama ini tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat majoriti kerana para pemimpin BN tahu benar apa keperluan rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak semua akan tetapi majoriti. Apabila datang pilihan raya kelak, maka suara majoriti akan memenangkan calon-calon BN. Manakala penabur fitnah seperti pemilik facebook ini akan meneruskan fitnah sehingga hari kiamat.
0 comments:
Post a Comment