Latest News

Monday 29 February 2016

CERITA POLITIK: Bagaimana Menyokong & Mendapat Sokongan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) UMNO Sabah mimang KUAT ! atas sokongan siapa... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

DALAM sistem demokrasi di mana parti politik merupakan pemain utama. Maka, parti mana yang mendapat sokongan dan menjadikan rakyat menjadi penyokong dan parti itulah yang dikatakan sebagai parti yang berjaya dalam sistem demokrasi.

Di Sabah individu seperti Tulun Sabah (meskipun nama palsu, akan tetapi masih boleh dianggap sebagai manusia kerana manusia sahaja yang boleh bercakap dan menterjemahkannya melalui tulisan. Ini kerana tiada seeokor binatang pun yang mampu berbuat demikian) adalah sebahagian daripada yang cemburu dengan kebolehan dan kelebihan parti UMNO yang mendapat penyokong ramai dan disokong.

Setiap pilihan raya, parti UMNO merupakan parti ke hadapan yang mendapat sokongan rakyat. Oleh sebab itu, setiap calon yang mewakili parti itu menang manakala kawasan yang ditandingi parti komponen BN, ahli-ahli dan penyokong parti itu menyokong penuh terhadap calon-calon mereka.

Parti UMNO Sabah merupakan parti yang unik sehingga tidak merujuk kepada singkatannya akan tetapi itulah parti UMNO. 

Para pemimpin parti UMNO Sabah mempunyai komitmen yang tinggi khususnya Pengerusi Datuk Seri Musa Aman. Ini kerana kepimpinan Datuk Seri Musa Aman ingin benar-benarkan bersandarkan kepada kejujuran, keikhlasan dan tanggungjawab yang tinggi kepada rakyat.

Individu seperti Tulun Sabah berbuih sahaja mulut dan penat sahaja tangan anda menulis untuk memburukkan parti UMNO dengan dakwaan yang macam-macam rupa. Akan tetapi tidak akan sesekali dapat mempengaruhi ahli, penyokong serta rakyat majoriti membencinya atau menolaknya kerana parti UMNO melalui para pemimpinnya  benar-benar membela rakyat.

Memang diakui tidak semua rakyat menyokong parti UMNO akan tetapi dalam sistem demokrasi berparlimen negara, suara majoritilah yang menang walaupun kelebihan itu hanya satu undi.

Individu seperti Tulun Sabah, buatlah dakwaan sebanyakpun terhadap UMNO. Ianya tidak akan berjaya kerana rakyat tahu siapa yang berada di dalam UMNO dan mereka itu adalah rakyat Sabah berbilang kaum!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook