Latest News

Monday 22 February 2016

DAKWAAN SYIOK SENDIRI: Kononnya Umno/Bn Sabah Merancang Perhimpunan Pemberian IC Percuma Kepada PATI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Umnobn sabah tengah merancang perhimpunan... Oleh FB Penindasan Terhadap Org Tempatan Sabah (screenshot)

GEJALA penulisan di laman sosial yang berunsur syiok sendiri selain tulisan palsu boleh menyebabkan kerajaan akan merangka undang-undang untuk membawa mereka mempertanggungjawabkan perbuatan mereka. Undang-undang baharu yang bakal diperkenalkan itu membawa denda atau penjara. 

Tulisan-tulisan syiok sendiri atau fitnah itu sebenarnya menafikan pembaca kepada berita atau cerita yang betul. Malah, tulisan-tulisan syiok sendiri yang sensasi boleh membawa kepada kebimbangan kepada masyarakat.

Tulisan syiok sendiri pada facebook itu bukan sahaja palsu dan bohong bagi mereka yang celik maklumat. Namun, bagi mereka yang sebaliknya akan menganggap tulisan syiok sendiri itu sebagai benar! Tidak ada kerajaan negeri akan mengadakan perhimpunan amal yang kononnya pemberian kad pengenalan biru akan diberikan secara percuma kepada PATI.

Kebencian kepada UMNO atau BN kerana atas dasar sebagai penyokong pembangkang, tetapi janganlah sampai kepada memfitnah. Ini kerana fitnah tidak akan sampai ke mana-mana seperti diibaratkan kata orang, takkan lari gunung yang dikejar, hilang kabus nampaklah ia. Mungkin perbuatan syiok sendiri atau fitnah boleh bertahan beberapa jam saja dan kemudian cerita itu tiada kesan lagi.

Oleh kerana tulisan-tulisan itu terbukti fitnah, maka jika suatu hari menulis yang betul pun juga akan dianggap sebagai fitnah dan bohong. Apabila wall facebook tidak mendapat sambutan lagi kerana sudah dicap pembohong, maka individu yang syiok sendiri itu menukar pula identiti lain dan demikianlah seterusnya. Oleh sebab itu, di laman sosial ini bermacam lambang binatang/benda yang boleh menulis dan membaca latar belakangnya adalah sebenarnya mereka itu tergolong dalam kumpulan syiok sendiri dan pemfitnah tegar!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook