Latest News

Wednesday 17 February 2016

DATA PALSU: AGIHAN BURUH BANGLADESH? Fitnah Semata-Mata!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Cadangan Pengagihan Warga Asing Bangladesh Mengikut Negeri2 di Malaysia... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) hendak seribu daya tak nak seribu dalih... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

JUMLAH 1.5 juta buruh Bangladesh adalah jumlah keseluruhan buruh Bangladesh yang mendaftar di bahagian buruh di negara itu. Jumlah itu adalah tenaga buruh yang boleh disediakan oleh negara berkenaan. Sejumlah buruh itu bukan sahaja bertujuan ke Malaysia akan tetapi ke negara-negara lain khususnya di Timur Tengah.

Tidak ada sebarang kenyataan daripada Menteri Dalam Negeri (KDN), YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Malaysia akan membawa masuk 1.5 juta buruh Bangladesh. Apa yang dikatakan beliau ialah negara Bangladesh mempunyai stok buruh yang siap dihantar sejumlah 1.5 juta buruh.

Angka 1.5 juta yang kononnya akan dibawa masuk telah diputar belit sedangkan fakta yang betul adalah jumlah kemasukan buruh asing ke dalam negara sangat bergantung kepada permintaan majikan. Hal ini kerana majikanlah yang menanggung kos kedatangan mereka ke dalam negara. Membawa masuk buruh asing bukan atas daya usaha kerajaan akan tetapi oleh majikan. Agensi kerajaan hanya memproses dokumen yang diperlukan di mana majikan dikenakan kos RM10,000 setiap buruh asing yang dibawa masuk.

Data yang disebarkan oleh Tulun Sabah adalah data palsu dan rekaan semata-mata kerana sehingga kini belum ada data rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak termasuk pihak Jabatan Imigresen.

Tulun Sabah sudahlah tidak berpengetahuan akan tetapi mampu membuat data palsu dan berbohong! Ini mencerminkan betapa busuk hati individu itu.

Dalam siber atau media sosial adalah terlalu banyak maklumat palsu kerana terdapatnya individu seperti Tulun Sabah yang telah memfokuskan kepada penipuan dan pembohongan. Oleh kerana mekanisme siber atau internet terutama carian google, maka sebarang maklumat yang dimuat naik ke alam maya akan menjadi fail atau rekod di alam maya.  Fail atau rekod alam maya adalah tong sampah yang tiada had dan sebarang sampah akan disimpan dan dijaga dengan baik.

Maklumat daripada Tulun Sabah adalah sampah yang turut disimpan di alam maya dan akan digali oleh pencari sampah. Ini kerana hanya mereka yang berhati busuk dan suka kepada kotoran yang suka menggali tong sampah.

Data yang diwar-warkan oleh Tulun Sabah akan dikongsikan oleh mereka yang tergolong mengguna pakai sampah sebagai maklumat utama mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook