Latest News

Monday 29 February 2016

DISEBALIK Mengapa Dato' Seri Najib Belum SAMAN WSJ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Cakap ja berani..saman berani ka keruak... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

Rachel Ehrenfeld pengasas ‘think-tank’ American Center for Democracy telah menulis sebuah buku berjudul “Funding Evil: How Terrorism is Financed and How to Stop It” pada tahun 2003.

Dalam buku tersebut, Rachel telah menuduh Khalid bin Mahfouz seorang ahli perniagaan daripada Arab Saudi sebagai banker utama untuk kumpulan pengganas al-Qaeda.

Khalid bin Mahfouz seperti dijangka telah memfailkan kes saman terhadap Rachel Ehrenfeld di England tetapi enggan akur kepada perintah Mahkamah England untuk menjawab tuntutan dalam kes saman yang difailkan terhadapnya.


Hujah Rachel Ehrenfeld adalah beliau berasal daripada Amerika dan buku tersebut pun diterbitkan di Amerika. Menurutnya, walau apa jua kes yang ingin difailkan terhadapnya pun, kes tersebut harus difailkan di negara Amerika Syarikat.

Mahkamah England telah menolak alasan Rachel Ehrenfeld tidak membela diri dan dalam ‘Judgement in Default’, mereka putuskan bahawa Rachel perlu hancurkan buku tersebut dan membayar ganti rugi sebanyak 250 ribu Pound kepada Khalid bin Mahfouz.

Lumrahnya dalam situasi sebegini, Mahkamah di Amerika Syarikat akan menguatkuasakan keputusan penghakiman Mahkamah England dan memastikan Rachel Ehrenfeld memenuhi kehendak keputusan penghakiman Mahkamah England.

Tetapi sebuah Rang Undang-undang telah diluluskan di New York iaitu Libel Terrorism Protection Act (kini dikenali secara popular sebagai Rachel’s Law). Apa yang tertakluk di dalam akta baru ini adalah mana-mana keputusan kes Mahkamah England tidak lagi mampu diperkuatkuasakan di Amerika.

Rachel’s Law ini kemudian telah dibawa ke Senat Amerika dan pada tahun 2010, Presiden Obama telah memperkenalkan “Speech Act” yang telah beri perlindungan yang kebal kepada pembuat dan pembikin kenyataan.

Implikasi Akta baru inilah yang menyulitkan kes saman PM terhadap WSJ daripada difailkan.

Mengikut sistem perundangan di UK, defendan kes harus memberi justifikasi yang sewajarnya kepada kenyataan yang dikeluarkannya terhadap plaintiff. Maka dengan mengikut prosedur ini, WSJ yang harus beri membuktikan bagi mengesahkan apa yang ditulis di dalam artikel mengenai Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak adalah benar dan sahih.

Tetapi selepas Rachel’s Law diluluskan di Amerika, plaintiff yang failkan kes pula akan memikul tanggungjawab untuk membuktikan apa jua yang mereka sebut pasal diri plaintiff adalah fitnah dan berunsur provokasi malah semata-mata berunsur fide.


Dan apabila Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dapat juga membuktikan semua kenyataan yang diterbitkan mengenai 1MDB dan wang 2.6 bilion adalah fitnah melalui kenyataan SPRM, Laporan Aturan Mesyuarat Parlimen dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC), akuan bersumpah Justo mahupun keputusan Laporan Antarabangsa yang menyebut dokumen yang dikeluarkan melalui Sarawak Report sebenarnya dimanipulasikan dan keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa perdana menteri.

Kepada yang kenal Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak pasti akan tahu beliau tidak memfailkan kes lagi kerana tidak mahu mengheret orang yang membantunya dengan memberi dana untuk PRU akan datang bagi tidak turun naik ke mahkamah walaupun hanya sebagai saksi.

Seharusnya, pengkritik Dato' Seri Najib Razak khususnya pemimpin UMNO termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca Speech Act Amerika sebelum mendesak agar Dato' Seri Najib Razak menyaman WSJ.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook