Latest News

Wednesday 10 February 2016

DORIS Diibaratkan "Seekor Anjing Menyalak Bukit, Bukit Takkan Runtuh!"

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Perbezaan MUSA AMAN dan ADENAN SATEM... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SEKIAN lama Doris Jones menyalak, hanya mampu mempengaruhi beberapa kerat sahaja penggiat media sosial yang penakut kerana kesemuanya menggunakan nama palsu!

Adalah menjadi kebiasaan apabila orang bercakap bohong dan tidak betul, maka berselindung di bawah nama samaran atau palsu.

Mereka yang menjadi penyokong Doris, mempergunakan berbagai nama palsu atau samaran sedangkan puncanya hanya beberapa orang sahaja.

Dalam sistem demokrasi, cara mereka itu sampai hari kiamat pun tidak akan boleh menang. Kehadiran mereka bagaikan melukut di tepi gantang. Berasaskan kepada keadaan demikian, apa impak kepada Tan Sri Adenan Satem dan Datuk Seri Musa Aman? Apakah impak kepada Barisan Nasonal? Kosong besar, bukan?!

Walaupun Doris mengetahui bahawa dia tidak dapat mempengaruhi sesiapa kecuali beberapa kerat penggiat media sosial sahaja, akan tetapi dia terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan hidupnya di UK. Hal ini kerana hanya melalui cara sedemikian, dia mendapat bayaran daripada penaja utamanya.

AFS kerap memberi respon kepada tulisan-tulisan Doris untuk memaklumkan kepada pembaca, siapa sebenarnya Doris Jones ini. Sila klik di sini! Doris selain seorang pelarian juga mempergunakan media sosial untuk mendapat bantuan kewangan. Tindakan Doris adalah sama seperti para 'penipu cinta' melalui internet kerana walaupun berbagai penerangan berkaitan tipu helah mereka, namun ada juga yang masih tertipu. Tipah tertipu!

Kedudukan Doris di mata rakyat biasa, sebenarnya kosong atau zero. Hanya di kalangan penggiat media sosial sahaja mengetahui tingkah laku pelarian itu. Oleh sebab itu, salakan Doris tidak akan membawa apa-apa kesan kepada para pemimpin apatah lagi para penyokong kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook